Ledakan Pelancongan pada Cuti Tiga Hari sempena Qingming

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 April 2024

Seorang budak perempuan bermain laying-layang di Zhenjiang, provinsi Jiangsu pada Sabtu. (foto/Xinhua)

Seorang budak perempuan bermain laying-layang di Zhenjiang, provinsi Jiangsu pada Sabtu. (foto/Xinhua)

Cuti tiga hari sempena perayaan Qingming yang bermula Khamis lalu, menyaksikan ledakan dalam jumlah pelancong serta pendapatan yang berkaitan dengan pelancongan.

Melihat kepada data yang diumumkan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China pada Sabtu, destinasi peranginan di merata negara menyambut kedatangan sekitar 119 juta pengunjung sepanjang tempoh cuti itu, naik 11.5 peratus berbanding 2019. Pada hari Qingming tahun lepas, yang cutinya hanya satu hari, cuma 23.77 juta perjalanan domestik direkodkan.

Kebanjiran pengunjung pada cuti tahun ini turut menjana penggunaan berjumlah kira-kira 54 bilion yuan dalam pelbagai sektor terlibat, suatu kenaikan sebanyak 12.7 peratus berbanding 2019, menurut kementerian itu.

Pelancong melawat kebun bunga di Nanjing, provinsi Jiangsu pada Jumaat. (foto/Xinhua)

Pelancong melawat kebun bunga di Nanjing, provinsi Jiangsu pada Jumaat. (foto/Xinhua)

Pelancongan pada musim bunga, sama ada ke destinasi domestik ataupun di seberang laut, menampakkan pertambahan ketara pada cuti tersebut. Berdasarkan angka kementerian, sebanyak 1.04 juta perjalanan masuk ke tanah besar China dilakukan, selain 992,000 yang menuju ke destinasi luar negara.

Maklum kementerian itu lagi, sesetengah tempat peranginan yang kurang termasyhur seperti Zibo di provinsi Shandong, yang terkenal dengan barbeku, serta Kaifang yang terletak di provinsi Henan, menjadi ‘viral’ pada cuti kali ini kerana adanya kuisin yang enak, budaya yang mempesona, di samping acara-acara yang menghiburkan.

Video

Berita Berkaitan