Haiwan Terima Perpisahan Terakhir Penuh Tanda Hormat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 April 2024

Satu kertas putih mengenai industri haiwan peliharaan China yang dikeluarkan oleh platform data Paiduchongwu, China mempunyai sejumlah 51.75 juta anjing peliharaan, iaitu peningkatan 1.1 peratus dari tahun ke tahun, manakala sejumlah 69.8 juta kucing peliharaan, meningkat 6.8 peratus dari tahun ke tahun.

Setiausaha Agung Persatuan Perlindungan Haiwan Kecil China, Zhang Haiqiang berkata bahawa terdapat peningkatan signifikan terhadap jumlah haiwan peliharaan di China pada tahun mutakhir ini.

Beliau berkata, pengalaman membela haiwan peliharaan selama bertahun-tahun turut berjaya memupuk ikatan perasaan antara pemilik dan haiwan itu sendiri.

Memetik qcc.com, iaitu platform komprehensif untuk perkhidmatan data perniagaan dan maklumat kredit syarikat di China, ia menyatakan bahawa negara Tembok Besar itu mempunyai sebanyak 5,946 rumah bangkai haiwan peliharaan setakat Mac lalu, dengan 90 peratus daripadanya dibangunkan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Di provinsi Sichuan, pihak pengurus bangkai haiwan peliharaan melaksanakan penjagaan akhir hayat terhadap mayat haiwan pada 25 Mac 2022. (China Daily/Huang Zhenhua)

Pihak pengurus bangkai haiwan peliharaan yang juga pembekal perkhidmatan unggul dalam industri haiawan peliharaan turut melaksanakan penjagaan akhir hayat terhadap bangkai haiwan termasuk pengawetan, dandanan, pembakaran, upacara dan peringatan berkostum.

Untuk rekod, di China, perkhidmatan pengkebumian haiwan peliharaan yang pertama adalah di Beijing, dan diikuti di beberapa bandar pinggir laut di tenggara China pada abad ke 21.

Seorang wanita meletakkan bunga-bunga kering dihadapan bekas simpan abu bangkai haiwan peliharaannya sebagai tanda penghormatan pada 1 April 2021, di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. ( China News Service/Yu Jing))

Seorang wanita meletakkan bunga-bunga kering dihadapan bekas simpan abu bangkai haiwan peliharaannya sebagai tanda penghormatan pada 1 April 2021, di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi. ( China News Service/Yu Jing))

Dengan terdapatnya perubahan persepsi, pengurus bangkai haiwan peliharaan kini turut menyediakan pelbagai pilihan untuk menyesuaikan perbezaan kemahuan dan kepercayaan pemilik haiwan peliharaan.

“Kami hanya melayan satu keluarga pada satu-satu masa sahaja bagi memberikan mereka kenangan yang eksklusif.

“Kami percaya bahawa ikatan istimewa antara haiwan peliharaan dan pemilik adalah unik, dan ia tidak boleh menjadi sesuatu yang biasa. Ia juga merupakan sebab kami menamakan premis kami sebagai ‘Theta Land’ yang bermaksud cinta mutlak,” ujar Li, pemilik rumah bangkai haiwan peliharaan yang berumur penghujung 30-an.

Difahamkan, Li memulakan bisnesnya di Beijing pada penghujung Oktober lalu.

Patung-patung haiwan yang diperbuat daripada abu dan plaster dipamerkan di pusat pengkebumian haiwan peliharaan di Changsha, provinsi Hunan province, pada April 2022. (China News Service/Yang Huafeng))

Patung-patung haiwan yang diperbuat daripada abu dan plaster dipamerkan di pusat pengkebumian haiwan peliharaan di Changsha, provinsi Hunan province, pada April 2022. (China News Service/Yang Huafeng))

Video

Berita Berkaitan