Ekonomi Global Hadapi "Risiko Buruk" Ekoran Defisit AS Melambung: IMF

(CRI)Isnin 22 April 2024

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) baru-baru ini memberi amaran bahawa ekonomi global menghadapi "risiko buruk" ekoran defisit fiskal Amerika Syarikat(AS) yang melambung yang boleh memburukkan lagi inflasi.

"Laporan Pemantauan Fiskal" terbaru yang dikeluarkan oleh IMF menunjukkan bahawa defisit fiskal AS dijangka mencecah 7.1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan, tetapi angka itu hanya 2% secara puratanya di pelbagai entiti ekonomi maju yang lain.

Media British "Financial Times" memetik laporan IMF sebagai berkata bahawa perbelanjaan AS secara besar-besaran mungkin menjadikan ekonomi global terkesan untuk suatu jangka masa yang panjang dan menimbulkan risiko kepada entiti ekonomi lain. Oleh itu, AS perlu segera menyelesaikan masalah yang serius yang wujud dalam sektor perbelanjaan dan pendapatan yang kedua-duanya sama sekali tidak seimbang.

Video

Berita Berkaitan