Xi Ucap Tahniah kepada Forum Angkasa Lepas China, Amerika Latin dan Caribbean

(CRI)Rabu 24 April 2024

Presiden China, Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Forum Kerjasama Angkasa Lepas China dengan Negara-Negara Amerika Latin dan Caribbean edisi pertama yang membuka tirai di bandar Wuhan, provinsi Hubei hari ini.

Menurut Xi, tahun ini merupakan ulang tahun kesepuluh pengumuman bersama yang diisytiharnya dengan pemimpin asing tentang penubuhan Forum Komuniti Bersama China dengan Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean.

"Kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan baharu secara terus-menerus dalam kerjasama mengenai satelit penderiaan jauh, satelit komunikasi dan rangkaian stesen angkasa, yang dilihat boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan perkembangan sains dan teknologi, serta meningkatkan kesalinghubungan serantau demi kesejahteraan rakyat," kata beliau.

Xi menambah, China bersedia berusaha bersama dengan negara-negara Amerika Latin dan Caribbean, mengambil peluang yang wujud dalam forum kali ini sebagai titik permulaan bagi meningkatkan tahap perkongsian dalam kerjasama angkasa lepas kedua-dua pihak, membawa manfaat yang semakin banyak kepada rakyat serta terus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib bilateral.

Video

Berita Berkaitan