Pintu Sempadan Beijing Rekod Aliran Pengembara Lepasi 5 Juta

(CRI)Rabu 01 Mei 2024

Pintu sempadan Beijing mencatatkan peningkatan berterusan aliran pergerakan pengembara menyusul pelarasan dasar masuk keluar serta pelaksanaan siri dasar bebas visa sejak awal tahun ini.

Setakat ini, jumlah pengembara yang keluar masuk melalui pintu sempadan Beijing direkod melepasi lima juta dengan purata harian seramai 43,000, meningkat 3.3 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Antaranya bilangan pengembara harian mencapai lebih 55,000 pada 28 April, tahap tertinggi direkod di pintu sempadan Beijing sejak awal tahun ini.

Video

Berita Berkaitan