Syurga Snek Pedas Dibuka di Changsha

Pengguna berbaris di hadapan kedai Lingshi Henmang di Changsha, provinsi Hunan, semasa cuti panjang Hari Pekerja tahun ini (foto/China Daily)

Pengguna berbaris di hadapan kedai Lingshi Henmang di Changsha, provinsi Hunan, semasa cuti panjang Hari Pekerja tahun ini. (foto/China Daily)

Kedai pertama yang hanya menjual snek pedas dibuka di Changsha, provinsi Hunan, pada Sabtu, sekali gus menarik kunjungan ramai pecinta makanan pedas.

Kedai Lingshi Henla, yang bermaksud makanan ringan pedas dalam bahasa Cina, telah dibuka oleh jenama rangkaian snek Lingshi Henmang. Ia menjual lebih daripada 2,200 jenis snek pedas, merangkumi daripada siat pedas kepada daging khinzir dan tauhu busuk (stinky tofu), menjadikannya kedai yang menawarkan rangkaian snek pedas terbesar di China.

Menampilkan rasa pedas dan menyengat yang terdiri daripada bahan seperti cili, bawang putih dan bawang merah, masakan Hunan dianggap sebagai salah satu daripada "lapan tradisi terbaik" masakan Cina, selain turut mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat China di seluruh negara.

Daerah Pingjiang di Hunan, merupakan tempat kelahiran siat gluten pedas popular yang diperbuat daripada gluten gandum serta pelbagai rempah, termasuk cili, lada Sichuan dan perasa lain untuk menaikkan rasa pedas.

Menurut firma penyelidikan pasaran Frost & Sullivan dan Institut Penyelidikan Industri China, pasaran snek pedas China meningkat daripada RMB125 bilion (AS$17.3 bilion) pada 2017 kepada RMB172 bilion pada 2021. Memetik firma penyelidikan Nielsen pula, sejumlah 7.57 bilion hidangan siat gluten pedas yang seberat 410,000 tan metrik berjaya dijual di negara ini tahun lepas.

Li Bin, ketua Lingshi Henla berkata, kedai itu berperanan untuk mewarisi dan mempromosikan budaya makanan pedas Hunan.

Beliau juga menyatakan hasrat bahawa pihaknya ingin bekerjasama dengan lebih banyak syarikat dan jenama makanan pedas.

“Kedai kami juga akan cuba mengkategorikan tahap kepedasan yang berbeza bagi untuk snek, supaya pelanggan dapat mencari yang paling sesuai dengan mereka,” kata Li.

Video

Berita Berkaitan