Faktor Cuaca Tidak Menentu Pada Julai Tidak Jejaskan Sektor Logistik China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 06 Ogos 2024

Susulan impak gelombang haba dan banjir, sektor logistik China memperlihatkan pengunduran sederhana pada Julai.

Namun, Persekutuan Logistik dan Pembelian China dalam laporannya memperlihatkan bahawa indeks kemakmuran logistik kekal di atas ambang, sekali gus menandakan keteguhan sektoral.

Difahamkan, indeks pada Julai menurun ke 51 peratus, iaitu 0.6 mata peratusan sedikit lebih rendah berbanding Jun, tetapi masih di dalam zon mengembang.

Memetik agensi berita Xinhua, statistik tersebut memberikan petunjuk bahawa meskipun terdapat gangguan cuaca tidak menentu, tetapi pasaran logistik yang bernilai trilion dolar Amerika itu terus menunjukkan prestasi yang baik.

Sementera itu, sub-indeks untuk volum perniagaan keseluruhan, pesanan baharu, pelaburan aset tetap siap, dan aktiviti perniagaan kesemuanya menunjukkan pertumbuhan, secara tidak langsung mengukuhkan aliran positif keseluruhan.

Jumlah indeks volum perniagaan, yang merosot sebanyak 0.6 mata peratusan kepada 51 peratus, menyaksikan pengembangan merentasi pelbagai sektor termasuk kereta api, jalan raya, pengangkutan udara, pergudangan dan perkhidmatan pos.

Turut dapat dilihat sektor pengangkutan udara yang meningkat 1.2 mata peratusan kepada 56.3 peratus, susulan daripada rangsangan daripada aktiviti perjalanan musim panas.

Video

Berita Berkaitan