Logistik Sosial 2023 China Melebihi RMB352 Trilion

(CRI)Rabu 07 Februari 2024

Data prestasi logistik untuk 2023 yang diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China pada hari ini menyaksikan ekonomi China terus pulih, unsur kestabilan terus bertambah, persekitaran pengoperasian logistik terus dibaikpulih dan trend pemulihannya kekal mapan pada keseluruhannya. Sementara itu, permintaan pasaran juga kelihatan semakin pulih pada skala yang semakin besar.

Menurut data tersebut, jumlah logistik sosial bagi tahun 2023 meningkat 5.2%, iaitu lebih tinggi 1.8 mata peratusan berbanding tahun 2022, dengan mencatat RMB352.4 trilion (RM 233.66 trilion) di negara ini.

Video

Berita Berkaitan