- Lain-lain
Prestasi Sektor Logistik China Kekal Stabil pada Ogos
Persekutuan Logistik dan Pembelian China pada hari ini melaporkan Indeks Prestasi Logistik (LPI) China mencatatkan 50.3 peratus pada Ogos lalu yang kekal dalam julat pertumbuhan yang stabil.
Hujan lebat dan bencana banjir yang melanda kawasan bahagian utara dan timur laut pada awal Ogos memberi impak tertentu terhadap jumlah urus niaga logistik di kawasan terbabit, tetapi rangkaian logistik kekal lancar di negara ini, dan urusan berkenaan kembali pulih dengan cepat pasca bencana.
Jumlah indeks urus niaga logistik menyaksikan penurunan sebanyak 3.1 mata peratusan pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya di kawasan bahagian timur di China, tetapi ia kekal di atas paras 50 peratus. Manakala jumlah indeks urus niaga logistik di kawasan barat pula kekal di atas paras 51 peratus selama tujuh bulan berturut-turut.
Penggunaan semasa cuti sekolah musim panas melibatkan bidang pelancongan, menziarahi saudara mara, katering, penginapan dan lain-lain mendorong peningkatan permintaan logistik tentang barang pengguna segera dan makanan segar sehingga jumlah pengangkutan dan pengedaran pergudangan sepanjang laluan kereta api utama meningkat dengan mantap.
- Sektor Logistik China Naik 4.7 Peratus
- Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Rekodkan 50.9% pada Julai
- Pasaran Logistik China Tumbuh Pesat
- Sektor Korporat Sandarkan Pasaran China
- 16 Langkah Kastam Tingkatkan Kecekapan Logistik Rentas Sempadan
- Indeks Prestasi Logistik China Meningkat
- Sektor Logistik China Beroperasi Mantap
- Volum Pasaran Logistik China Dominasi Dunia
- Sektor Logistik E-dagang China Pulih Cepat
- PMI Pembuatan Naik, Ekonomi Global Pulih