Industri Logistik China Kekal Trend Pemulihan

(CRI)Rabu 03 Januari 2024

Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini mengumumkan bahawa indeks kemakmuran logistik (LPI) China pada Dis 2023 merekodkan 53.5 peratus, meningkat 0.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut persekutuan itu, LPI mengekalkan trend pemulihan, walaupun peningkatan urus niaga menjadi perlahan akibat permintaan industri huluan yang berkurang pada hujung tahun dan cuaca buruk melanda beberapa kawasan.

Dipandang dari trend perkembangan LPI pada 2023, daya dukungan industri logistik terhadap pembangunan ekonomi sekain kukuh, lebih-lebih lagi daya perkhidmatan logistik untuk sektor jaminan kecemasan dan rantaian pembekalan.

Video

Berita Berkaitan