4.83 Juta TEU Dikendalikan Pelabuhan Shenzhen Dua Bulan Pertama 2024

(CRI)Selasa 12 Mac 2024

Pelabuhan Shenzhen telah mengendalikan sebanyak 4.83 juta TEU dalam dua bulan pertama tahun ini, meningkat 23.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Biro Pengangkutan Shenzhen baru-baru ini.

Menurut data oleh Kumpulan Pelabuhan Shenzhen, jumlah pengendalian pengangkutan laut pelabuhan itu meningkat besar dalam dua bulan pertama tahun ini, berikutan peningkatan jumlah pesanan e-dagang rentas sempadan dari syarikat yang turut merangsang pembangunan sektor logistik.

Video

Berita Berkaitan