Xi Mahu Usaha Konsisten Cipta Keajaiban Baharu dalam Bendung Penggurunan

(CRI)Rabu 07 Jun 2023

Presiden China Xi Jinping mahu usaha berterusan dilakukan sehingga mewujudkan keajaiban baharu dalam menangani penggurunan.

Xi membuat kenyataan seumpama semasa lawatan tinjauan di bandar Bayannur, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China bermula 5 hingga 6 Jun.

Beliau menekankan perlunya langkah bersepadu diambil untuk mengatasi desertifikasi, di samping memantapkan pelaksanaan program Jalur Pelindung Hutan Three-North di barat laut, utara dan timur laut China.

Menurut Xi, usaha tersebut berkait rapat dengan keselamatan ekologi, pembinaan negara yang kuat serta pembangunan mampan bangsa.

Ia juga merupakan perjuangan mulia yang banyak menyumbang kepada masa kini dan memberi manfaat kepada masa depan, kata beliau.

Beliau turut menzahirkan harapan agar benteng perlindungan ekosistem berkenaan bertambah kukuh, sekali gus beroleh pencapaian yang lebih besar dalam usaha membina China yang indah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan