- Lain-lain
Aktiviti Logistik China Untuk 2024 Direkodkan Tertinggi Pada Disember
Foto sudut udara menunjukkan para pekerja sedang mengisih bungkusan di pusat logistik China Post cawangan Daoxia di kaunti Daoxian, Provinsi Hunan, tengah China pada 11 November 2024. (Xinhua/He Hongfu)
Data industri yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan aktiviti sektor logistik China untuk tahun 2024 direkodkan tertinggi pada bulan Disember, didorong oleh dasar yang membantu serta pasaran yang dinamik, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Persekutuan Logsitik dan Pembelian China, indeks pertumbuhan pasaran logistik negara melonjak sebanyak 53.1 peratus, sekali gus memperlihatkan kenaikan 0.3 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.
Difahamkan, jumlah indeks volum logistik keseluruhan turut berkembang buat lima bulan berturut-turut, dan semua kawasan mempamerkan pertumbuhan seimbang dari sudut volum perniagaan, dengan kawasan di bahagian timur menunjukkan peningkatan yang paling signifikan.
Memetik Xinhua lagi, segenap sektor perindustrian menyaksikan peningkatan permintaan pada bulan tersebut termasuk mesin elektrik, semikonduktor, barangan komunikasi, pengankutan dan kenderaan tenaga baharu.
Potensi perbelanjaan pengguna pula dilihat terus berlarutan, dengan permintaan e-dagang kekal stabil.
Persekutuan Logsitik dan Pembelian China dalam kenyataannya turut menyebut bahawa separuh kedua tahun 2024 menyaksikan pelaksanaan dasar yang diperkukuh, secara tidak langsung merangsang permintaan secara efektif dalam keseluruhan rantai bekalan.
Mengikut unjuran persekutuan tersebut, pasaran logistik China dijangka mencecah RMB360 trilion (sekitar AS$50 triion) dalam jumlah keseluruhan 2024, sekali gus memungkinkan mereka menduduki tangga pertama buat sembilan tahun berturut-turut.
Melihat kepada potensi tahun 2025, pasaran logistik dijangka terus mengekalkan pertumbuhan sederhana berikutan beberapa siri dasar kebangsaan yang bakal dilaksanakan untuk mendorong lagi permintaan logistik sosial.
- Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
- Demi Masa Depan Lebih Baik
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- Minggu Drama China-ASEAN (Nanning) Buka Tirai
- Sektor Logistik China Catat Prestasi Kukuh
- China Rangka Langkah Kurangkan Kos Logisitik Sosial
- Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Catat 51.5%
- Faktor Cuaca Tidak Menentu Pada Julai Tidak Jejaskan Sektor Logistik China
- Kawasan Demonstrasi SCO Jadi Hab Logistik Perdagangan Antarabangsa
- Sektor Logistik China Catat Pemulihan Mantap
- Logistik Sosial 2023 China Melebihi RMB352 Trilion
- Industri Logistik China Kekal Trend Pemulihan
- Sektor Pergudangan Beroperasi Mantap
- Prestasi Sektor Logistik China Kekal Stabil pada Ogos