- Lain-lain
China Seru Junjung Multilateralisme, Galak Pembangunan Terbuka dan Inklusif
Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang dalam ucapannya pada Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland pada Selasa, menyeru supaya komuniti global menjunjung tinggi multilateralisme dan menggalakkan pembangunan yang terbuka dan inklusif.
Ding berkata Presiden Xi Jinping pada lapan tahun lalu di platform sama, menyuarakan komitmen untuk menyokong globalisasi ekonomi serta menegakkan dan mengamalkan multilateralisme ke arah membina dunia yang lebih indah.
Ia turut menjawab persoalan bagaimana menambah baik tadbir urus global dan mewujudkan komuniti berkongsi nasib sesama insan, sekali gus memberikan bimbingan penting kepada masyarakat antarabangsa.
Menurut beliau, dunia kini berdepan perubahan pesat serta pelarasan tadbir urus global dan masyarakat manusia sekali lagi berada di persimpangan yang kritikal.
Ding menyeru masyarakat antarabangsa mengukuhkan keyakinan, bersolidariti dan berkolaborasi untuk terus melangkah ke hadapan dalam membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, menyuntik kestabilan serta membangunkan dunia adil yang maju bersama.
Sehubungan itu, beliau mengemukakan empat saranan iaitu mendorong globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua; menjunjung dan mengamalkan multilateralisme jitu; memupuk pemacu dan kelebihan baharu bagi pembangunan ekonomi, memperkasa kesalinghubungan pada era digital dan mengintensifkan kerjasama antarabangsa dalam inovasi teknologi; bersinergi menangani cabaran seperti perubahan iklim serta keselamatan makanan dan tenaga.
Dalam perkembangan lain, Ding juga bertemu dengan Presiden Serbia Aleksandar Vucic, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Ketua Pengarah Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) Daren Tang.
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
Puteri Kemboja Kongsi Gerakan Tarian Tradisional, Tanda Zahir Ucapan ‘Saya Sayang Anda’
- PM China Berucap pada Perasmian Forum Davos
- PM Li Qiang Bakal Hadir Forum Davos di Tianjin
- Forum Davos Musim Panas ke-14 Buka Tirai
- Rasai Denyut Nadi Pertumbuhan Ekonomi China di Forum Davos
- PM China Sampai Ucaptama pada Forum Davos Musim Panas 2023
- Maju Bersama, Hasrat China dalam Forum Davos Musim Panas 2023
- Ekonomi Dunia Memerlukan China
- Li Qiang Bakal Hadir Forum Davos Musim Panas Ke-15
- Forum Davos Musim Panas Bakal Diadakan di Dalian
- Dialog "1+10", Amalan Multilateralisme yang Tepat pada Waktunya
- Forum Davos: Ekonomi China Memberangsangkan
- Pertahan Multilateralisme, Pelihara Sistem Perdagangan Multilateral: Xi
- China Seru Utamakan Pembangunan
- China Seru Amalkan Multilateralisme Jitu
- Kerjasama Multilateral, Fokus GSS di Berlin
- Xi Seru Dunia Bina Tamadun Multipolar
- Elak Politikkan Kerjasama Tenaga Alternatif: Duta China