- Lain-lain
Menyuntik Tenaga Muda Dalam Budaya Cina Tradisional
Tatkala musim sejuk yang dituruni salju tiba, ramai orang dilihat mengenakan busana bertemekan ‘merah Cina’ dengan berlatarbelakangkan salji nan asli.
Terletak di Provinsi Jilin, timur laut China, Peranginan Tasik Songhua dibanjiri dengan pemain ski golongan muda yang berbusana kostum Opera Peking yang berlumba-lumba menuruni bukit, sekali gus mencerminkan tenaga muda yang penuh bertenaga.
Foto pentas konsert oleh Zi De Guqin Studio, sebuah ensembel yang ahlinya memainkan alat muzik tradisional Cina. (Foto ihsan penemuduga)
Daripada penciptaan budaya dan pakaian bercirikan Cina kepada minuman teh tradisional, tenaga muda dilihat telah bergabung dengan budaya Cina.
Semangat kreatif inovasi telah dikaitkan dengan kebijaksanaan tradisi yang mendalam, menggabungkan warisan berabad-abad tamadun Cina ke dalam gaya hidup moden. Aliran ‘Guochao’ atau ‘Gaya China’ yang sedang berkembang ini telah menambat hati generasi muda.
Hari ini, semakin ramai orang muda menerapkan budaya zaman purba di dalam kehidupan moden. Melalui keseimbangan warisan dan inovasi, golongan muda menunjukkan rasa keyakinan budaya yang tebal, sekali gus memberikan nafas segar kepada warisan tradisional China yang kaya pada era baharu.
Li Xiao, seorang pelajar China yang belajar di luar negara, pulang ke tanah air untuk bertemu semula dengan keluarganya untuk Festival Musim Bunga yang akan datang di Hangzhou, Provinsi Zhejiang, timur China, dan mahu mencari pakaian baru gaya Cina di kedai pakaian.
"Saya bercadang untuk memakainya untuk majlis makan malam perjumpaan, dan saya juga mahu mempamerkan keindahan budaya tradisional Cina kepada rakan sekelas dari negara lain melalui pakaian saya," katanya.
Hari ini, golongan muda telah muncul sebagai penggerak penting di sebalik kebangkitan ‘Guochao’, iaitu satu trend fesyen yang menggabungkan reka bentuk moden dengan unsur budaya tradisional Cina. Pada enjin carian, volum carian untuk ‘Guochao’ telah meningkat lebih daripada lima kali dalam dekad yang lalu.
‘Guochao’ telah beralih daripada konsep khusus kepada trend popular dalam kalangan orang awam, dengan golongan muda terlibat dalam proses mendekato, mengambil bahagian, memahami dan mencipta ‘Guochao’, sekali gus menjadi kuasa yang kuat dalam mempromosikan dan memelihara budaya tradisional Cina.
Untuk memperingati ulang tahunnya yang ke-10, Studio Zi De Guqin, sebuah ensembel yang terdiri daripada pemuzik yang bermain alat tradisional Cina telah menganjurkan konsert di Pusat Seni Persembahan New Bund 31 di Shanghai semasa Festival Pertengahan Musim Luruh pada September 2024. Tempat itu dipenuhi oleh lebih 2,000 penonton, dengan ramai penonton yang datang mengenakan busana Hanfu, iaitu pakaian tradisional kumpulan etnik Han di China.
Seorang pelawat bergambar dengan seorang wanita yang memakai Hanfu, pakaian tradisional etnik Han di China, di Muzium British di UK. (Xinhua/Li Ying)
Menurut Zhu Liyue, ketua Studio Zi De Guqin, hasil-hasil dari studio itu berakar umbi dalam semangat mendalam mereka terhadap budaya tradisional. Memandangkan jangkaan penonton untuk produk budaya terkemuka terus meningkat, dia berkata bahawa pasukannya mesti memperoleh inspirasi daripada sejarah untuk mencipta karya seni yang memenuhi permintaan penonton.
Laporan yang dikeluarkan oleh platform penstriman video Bilibili pada 2022 mendedahkan bahawa individu berumur 18 hingga 30 tahun menyumbang kira-kira 70 peratus peminat elemen gaya Cina pada platform tersebut.
Musim sejuk biasanya dianggap sebagai musim yang perlahan untuk melawat Wilayah Shanxi di utara China untuk mengagumi seni bina purba. Namun, Kuil Xiaoxitian, tempat yang indah di bandar Linfen di provinsi itu, telah menarik minat pelancong yang berterusan.
"Dewan utama kuil mempamerkan lebih 1,900 arca berwarna berukir unik yang sangat hidup dan lebih menawan daripada yang terdapat dalam permainan video 'Black Myth: Wukong'," kata seorang pelancong bernama Lu dari Provinsi Guangdong di selatan China.
Pada Ogos 2024, 'Black Myth: Wukong' iaitu sebuah permainan lakonan aksi, menjadi tular di platform media sosial China dan antarabangsa. Permainan ini menimbulkan rasa ingin tahu pengguna internet asing mengenai unsur-unsur Cina.
Untuk membantu mereka memahami konteks permainan, ramai pemain China berkongsi foto, teks dan video yang memperkenalkan novel Cina ikonik, "Journey to the West", yang menjadi inspirasi untuk permainan itu.
Bagi golongan muda, peluang itu telah memangkinkan semangat mereka untuk menceritakan kisah China dan berkongsi dengan dunia sambil menyatakan keperibadian mereka, mencerminkan peningkatan ketara dalam keyakinan budaya.
Peminat ski yang berbusana kostum Opera Peking bermain ski di Peranginan Tasik Songhua di Provinsi Jilin. (Xinhua/Zhang Nan)
Pengarah Institut Industri Kebudayaan Universiti Peking, Xiang Yong berkata golongan muda membesar sambil menyaksikan pembangunan ekonomi China yang pantas, kemajuan teknologi, memperkuat keupayaan negara dan menaikkan pengaruh global.
“Mereka sudah terbiasa dengan imej China sebagai negara utama, dan mempunyai kepercayaan kebudayaan yang berakar umbi,”katanya.
Di Kawasan Autonomi Chuxiong Xi di Provinsi Yunnan, seorang pewaris sulaman Yi iaitu Chen Haiyan bersama-sama pasukannya sibuk memenuhi permintaan dari negara seperti Perancis, Vietnam dan Jepun.
Mengimbas kembali kisah lamanya, Chen kembali ke kampung halaman selepas bergraduasi dari universiti pada 2022 untuk menjadi penyulam.
Dengan menggabungkan warna-warna popular dan corak yang digemari ramai, dia telah menghasilkan lebih daripada 200 corak pakaian dengan menggunakan teknik sulaman, cantuman, cetakan, dan mewarna selain turut membuat kemunculan di Minggu Fesyen Milan di Itali.
“Kemunculan produk ala-China yang menggabungkan tradisi dan moden disokong oleh generasi muda, yang juga pengguna dan pewaris utama budaya tradisional China. Mereka secara aktif menyokong pemulihan dan pertumbuhan industri dan budaya China,” kata Xiang Yong.
Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Budaya Kuplet Berkembang Maju di Kampung Sidi Shaanxi
- Xi Adakan Tinjauan di Bandar Baoji dan Tianshui
- Pameran Tematik Budaya China Diketengah Sempena Paris Fair 2024
- Produk Guochao Perlihat Budaya China di CICPE
- Bunga Mekar dan Bulan Penuh: Kebahagiaan Konjugal yang Sempurna di Luoyang
- Kaedah Orang China Purba Hangatkan Tangan pada Musim Sejuk
- Upacara Tradisional Han Jadi Fesyen Pilihan 29 Pasangan Berkahwin
- Ikan Emas Hiasi Arus Sejarah
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Opera “Puteri Wencheng” dipentaskan di Lhasa