Budaya Kuplet Berkembang Maju di Kampung Sidi Shaanxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Januari 2025

Dikenali sebagai ‘Yinglian’ dalam bahasa Cina, kuplet merupakan salah satu khazanah budaya tradisional Cina.

Bahkan, pepatah lama turut menyebut bahawa “kesusasteraan paling indah adalah puisi; intipati puisi yang terbaik pula terdapat di dalam kuplet”. Seni kuplet sangat sinonim bagi orang ramai dan kegunaannya pula adalah fleksibel.

Selama berdekad-dekad, kuplet telah membawa harapan rakyat China kepada kehidupan yang lebih baik. Sama ada perayaan seperti majlis perkahwinan, Tahun Baharu Cina, atau acara-acara utama kekeluargaan, kuplet merupakan sebahagian penting dalam sambutan-sambutan tersebut.

Kuplet Wenxi yang terkenal sebagai simbol kebudayaan Provinsi Shanxi di utara China dari kaunti Wenxi telah mendapat perhatian pada peringkat domestik dan antarabangsa. Mutakhir ini, persatuan kuplet dan kesusasteraan kaunti Wenxi yang ditubuhkan pada 1999 telah mendapat pengiktirifan kebangsaan susulan usaha dalam mempromosi budaya kuplet.

Kampung Sidi menjadi contoh nyata terhadap budaya kuplet yang unik itu. Pada 25 tahun lalu, beberapa penduduk kampung yang mempunyai minat mendalam terhadap budaya tradisional Cina telah mencadangkan idea untuk menghidupkan semula kampung mereka menerusi budaya kuplet.

Pada 2000, Wen Shun dan beberapa guru yang sudah bersara telah menginisiatifkan kampung Sidi cawangan Yinglian. Hari ini, cawangan tersebut telah mempunyai 113 ahli, termasuk 10 daripadanya yang merupakan anggota Persatuan Yinglian China.

Setelah pewujudannya, kampung Sidi cawangan Yinglian telah secara aktif menganjurkan aktiviti termasuk memberikan syarahan, memberikan Yinglian kepada keluarga contoh, dan menawarkan sesi latihan kaligrafi percuma. Manakala, ahli persatuan pula menghasilkan kuplet kepada penduduk kampung untuk perayaan peribadi seperti hari ulang tahun, konvokesyen, dan perkahwinan.

Pada 12 tahun berikutnya, kampung Sidi telah diiktiraf sebagai kampung budaya kuplet kebangsaan oleh Persatuan Yinglian China, sekali gus mengesahkan pembangunan kebudayaan kampung tersebut.

Ji Pingjuan yang telah bekerja selama puluhan tahun nun jauh dari kampung halamannya, akhirnya pulang ke kampung Sidi pada 2017, seterusnya dilantik menjadi ketua jawatankuasa kampung.

Kepulangannya menyaksikan dia berjaya menjana lebih RMB20 juta untuk menghidupkan semula kilang besi yang boleh ditempa, selain mewujudkan peluang pekerjaan buat penduduk kampung tempatan, serta membaik pulih infrastruktur di kampung itu dan melaburkan lebih RMB100,000 bagi menyokong pesta kebudayaan tempatan.

Ji juga telah mengetuai pasukannya untuk terlibat dalam pertukaran di wilayah lain selama beberapa tahun, menerokai industri budaya kuplet, sambil memberikan latihan percuma kepada pelajar di kampung semasa musim percutian sekolah.

Usaha dia itu secara tidak langsung telah menghidupkan semula minat warga emas terhadap kuplet dan memperkukuh azam kampung itu untuk mempromosikan pembangunan kebudayaan.

Sejak 2017, peminat kuplet warga emas telah melancarkan sesi latihan budaya Cina tradisional termasuk kuplet dan kaligrafi untuk pelajar berumur 8 tahun ke atas semasa cuti musim panas buat lapan tahun berturut-turut.

Sehingga hari ini, lebih daripada 300 pelajar telah menyertai sesi latihan yang membantu dalam usaha pewarisan budaya kuplet kampung Sidi.

Seperti kampung-kampung yang lain di China, kampung Sidi telah menerima kesan limpahan semasa musim perayaan Festival Musim Bunga atau Tahun Baharu Cina yang menyaksikan ahli kampung Sidi cawangan Yinglian sedang sibuk menulis kuplet Tahun Baharu.

Video

Berita Berkaitan