Pameran Tematik Budaya China Diketengah Sempena Paris Fair 2024

(CRI)Jumaat 03 Mei 2024
Pameran Tematik Budaya China Diketengah Sempena Paris Fair 2024

Satu pameran tematik mengenai budaya China diadakan di Paris pada Rabu sempena Paris Fair 2024 yang berlangsung selama 12 hari.

Kumpulan Komunikasi Antarabangsa China (CICG) bersama pelbagai agensi publisiti dan badan kebudayaan negara Tembok Besar menyertai pameran itu.

Diasaskan pada tahun 1904, Paris Fair merupakan acara komprehensif dengan sejarah panjang dan reputasi baik, sekali gus menjadi medium penting bagi kuasa-kuasa berpengaruh memaparkan imej negara dan mengetengahkan keunikan budaya.

CICG berkata pihaknya mengambil peluang menyertai pameran berkenaan untuk mempamerkan imej China pada era baharu, selain komited memperkenalkan budaya China kepada dunia dan memantapkan interaksi sosiobudaya serta persefahaman sesama rakyat.

Dengan pelbagai pengisian menarik antaranya pameran produk budaya, persembahan seni dan slot interaksi, pameran tematik itu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah China, tarikan unik budaya China serta pencapaian tamadun negara Tembok Besar pada zaman moden.

Video

Berita Berkaitan