- Lain-lain
Gempa Xizang: Kawasan Pemandangan Gunung Qomolangma Kembali Dibuka
Foto ini diambil pada 4 September 2024 dari kem induk di Kaunti Dingri, Bandar Xigaze di Wilayah Autonomi Xizang yang memperlihatkan pemandangan Gunung Qomolangma pada matahari terbenam. (Xinuha/Sun Ruibo)
Kawasan pemandangan Gunung Qomolangma kembali dibuka kepada kunjungan awam pada Sabtu setelah ditutup sementara waktu susulan berlakunya gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter yang melanda Kaunti Dingri, Wilayah Autonomi Xizang China pada 7 Januari lalu.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, tepat pukul 8 pagi, sejumlah lapan kenderaan yang membawa 19 pelawat telah memasuki perkarangan kawasan tersebut, dengan Yang Bo, pelancong dari Perbandaran Chongqing merupakan individu pertama yang masuk ke situ.
Pengarah Stesen Penyelidikan dan Pemerhatian Komprehensif Suasana dan Persekitaran Gunung Qomolangma di bawah Akademi Sains China, Ma Weiqiang berkata bahawa setakat 28 Februari, gempa bumi itu tidak menjejaskan gunung tersebut, dengan tiada runtuhan atau perubahan geologi yang berlaku.
Justeru, beliau berkata bahawa ia sekali gus menyaksikan kawasan itu selamat untuk dibuka semula.
Memetik laporan Xinhua, kerajaan tempatan telah membentuk kumpulan kerja pemeriksaan bersama pada 22 Januari untuk melaksanakan pemeriksaan komprehensif dan teliti selama 35 hari di kawasan penting.
Untuk rekod, Gunung Qomolangma yang turut dikenali sebagai Everest itu telah menerima lebih daripada 547,600 pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus menyaksikan peningkatan sebanyak 18 peratus dari tahun ke tahun, termasuk 13,700 pelancong yang kebanyakannya dari Singapura, Malaysia, Jerman dan Perancis.
Dalam tempoh sama, hasil yang dijana di kawasan pemandangan itu juga telah melebihi RMB110 juta (AS$15.3 juta), iaitu menaik 1.4 peratus berbanding tahun terdahulu.
- Kemeriahan Sambutan Tahun Baharu Tibet Jelas Terasa
- Import Eksport Wilayah Xizang Melebihi 10 Bilion Yuan Dua Tahun Berturut-turut
- Pasca-Gempa Xizang: Kehidupan Normal Kembali di Tapak Penempatan Semula
- Gempa Xizang: Detik-detik Mengharukan di Tapak Penempatan Semula Kampung Gurong
- Mesyuarat Pucuk Pimpinan PKC Atur Bantuan Bencana Gempa Xizang
- Gempa Xizang: Pekerja Sosial Beri Bantuan Kaunseling Untuk Kanak-kanak
- Bayi Pertama Selamat Dilahirkan di Kaunti Dingri Selepas Gempa Bumi Dahsyat
- Gempa Xizang: Tumpuan Beralih kepada Penempatan Mangsa dan Pembangunan Semula
- Gempa Xizang: China Peruntukan RMB80 Juta Untuk Pengeluaran Pertanian
- Gempa Xizang: Barang Bantuan Tiba di Kawasan Bencana