- Lain-lain
NPC 2025: China Sasar Lebih 12 Juta Pekerjaan Baharu di Bandar
Mahasiswa kolej sedang mencari kerja di pameran kerjaya yang diadakan di kampus Universiti Normal huaibei di Huaibei, Provinsi Anhui, timur China pada 16 Oktober 2024. Pameran tersebut menarik sebanyak 183 syarikat yang menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan. (Foto VCG)
China menyasarkan untuk mewujudkan lebih 12 juta pekerjaan baharu di bandar pada 2025, yang merupakan susulan daripada 12.56 juta pekerjaan yang telah ditambah pada 2024, dalam usaha untuk menstabilkan dan mengembangkan lagi pengambilan kerja.
Demikian lapor agensi berita Global Times hari ini yang memetik laporan kerja kerajaan kepada badan perundangan kebangsaan untuk dipertimbangkan.
Menurut Laporan Kerja Kerajaan itu lagi, China akan memanfaatkan segala dasar yang berkaitan termasuk pemulangan premium insurans pengangguran, pemotongan yuran dan cukai, subsidi pengambilan kerja serta melaksanakan pelan sokongan pengambilan kerja secara bersasar dalam bidang dan industri penting, komuniti bandar dan desa, serta perusahaan sederhana, kecil dan mikro.
Difahamkan, China juga akan menyokong industri yang intensif menggunakan khidmat pekerja dalam mencipta peluang pekerjaan dan menstabilkan pengambilan kerja, serta mencari keseimbangan antara penggunaan teknologi baharu dan penyesuaian semula kerja untuk pekerja.
Lapor Global Times, China juga akan menambah baik perkhidmatan untuk memudahkan pekerjaan dan keusahawanan, memperluaskan saluran pekerjaan dan permulaan perniagaan untuk graduan kolej dan golongan muda yang lain, membantu bekas kakitangan untuk ditempatkan semula dan bekerja, memastikan pekerjaan untuk pekerja asing luar bandar dan individu yang dikeluarkan daripada kemiskinan, serta meningkatkan bantuan untuk golongan yang menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan, seperti warga tua, dan orang kurang upaya.
Selain itu, laporan juga menyebut bahawa China akan lebih melindungi hak dan kepentingan individu dalam pekerjaan yang fleksibel dan bentuk pekerjaan baharu, serta meluaskan ujian insurans kecederaan pekerjaan, dan melaksanakan rancangan berskala besar untuk meningkatkan kemahiran vokasional bagi meningkatkan bekalan kakitangan berkemahiran tinggi yang diperlukan segera dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.
- China Capai Sasaran Wujud 12 Juta Peluang Kerja pada 2024
- Pasaran Kerja China Kekal Stabil
- 3.03 Juta Peluang Kerja Baharu Ditawarkan di China
- Jaga Haiwan Peliharaan, Kerja yang Makin Popular
- Beijing di Tangga Teratas Negara bagi Gaji Pekerja Baharu
- Graduan Baharu Tuju Masa Depan, Banyak Jadi Pertimbangan