Kejayaan ‘Ne Zha 2’ Pamer Pengaruh Budaya China yang Semakin Meluas – Pakar

Orang awam berswafoto semasa tayangan perdana filem animasi China ‘Ne Zha 2’ di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 Mac 2025. Filem tersebut akan ditayangkan buat tontonan awam secara rasminya pada 13 Mac. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Rekod pecah panggung filem animasi blokbuster China, ‘Ne Zha 2’ telah mencerminkan kejayaan industri filem China serta pengaruh budaya China yang semakin meluas, ujar Ivica Bakota, pakar hal ehwal China dari Croatia merangkap pembantu profesor di Capital Normal University di Beijing, China dalam satu wawancara bersama Xinhua mutakhir ini.

Menurut beliau, pencapaian tersebut mempamerkan kejayaan China dalam menghasilkan kandungan daripada mitologi Cina dan sebahagian daripada sejarah China, serta keberhasilannya dalam menarik penonton yang bukan sahaja dalam kalangan masyarakat China, malah juga dari negara Barat.

Bakota berkata, ia juga membuktikan bahawa China mampu menghasilkan filem blokbuster setaraf Hollywood, dan boleh mencari jalan untuk berkomunikasi dengan audiens dari serata dunia.

Xinhua yang memetik data daripada platform jualan tiket, Maoyan melaporkan bahawa ‘Ne Zha 2’ menjadi filem bukan Hollywood pertama yang mencapai pendapatan global melebihi AS$2 bilion, termasuk menerusi pra-jualan.

Kanak-kanak membuat gaya ketika bergambar di Singapura, pada 2 Mac 2025. Filem tersebut akan ditayangkan buat tontonan awam secara rasminya di Singapura pada 6 Mac. (Xinhua/Then Chih Wey)

Kanak-kanak membuat gaya ketika bergambar di Singapura, pada 2 Mac 2025. Filem tersebut akan ditayangkan buat tontonan awam secara rasminya di Singapura pada 6 Mac. (Xinhua/Then Chih Wey)

Lapor Xinhua, filem itu juga melangkaui filem Disney 2024 iaitu ‘Inside Out 2’ untuk menjadi filem animasi dengan kutipan tertinggi dalam sejarah.

Dengan pencapaian tersebut, ia sekali gus telah menambah senarai kejayaan filem itu, termasuk menjadi filem pertama dengan kutipan AS$1 bilion dalam pasaran dalaman, dan filem bukan Hollywood pertama yang memasuki kelab satu bilion-dolar.

Bakota turut berpandangan bahawa dengan pelaburan besar oleh China dalam industri perfileman dalam 10 tahun lalu, kejayaan China yang terkini itu disifatkan sebagai bukan satu kejutan.

Pelancong bergambar dengan lukisan dinding yang menampilkan filem animasi blokbuster, ‘Ne Zha 2’ di Kampung Dongfeng, Kaunti Boxing, di Binzhou, Provinsi Shandong pada 1 Mac 2025. (Xinhua/Chen Bin)

Pelancong bergambar dengan lukisan dinding yang menampilkan filem animasi blokbuster, ‘Ne Zha 2’ di Kampung Dongfeng, Kaunti Boxing, di Binzhou, Provinsi Shandong pada 1 Mac 2025. (Xinhua/Chen Bin)

“Banyak wang yang telah dilaburkan untuk berkomunikasi dalam naratif tersebut (filem) khususnya kepada audiens tempatan. Ia (industri filem China) hanya menunggu masa sebelum menempuh kejayaan di luar negara dengan cerita seperti ini (Ne Zha),” ujar beliau.

Mengulas mengenai pengaruh yang semakin meluas terhadap budaya China yang dibawakan oleh ‘Ne Zha 2’, beliau berpendapat bahawa pengaruh budaya China akan terus berkembang dengan didorong oleh ekonomi yang stabil serta sejarah dan peradaban China selama ribuan tahun.

Kanak-kanak sedang melihat poster ‘Ne Zha 2’ di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 14 Februari 2025. (Xinhua/Qiu Chen)

Kanak-kanak sedang melihat poster ‘Ne Zha 2’ di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 14 Februari 2025. (Xinhua/Qiu Chen)

Video

Berita Berkaitan