Anak Gembala Capai Impian Jadi Juruterbang

Anak Gembala Capai Impian Jadi Juruterbang
Mirbek Tlobek memeriksa alat komunikasi helikopter di sebuah syarikat penerbangan am di kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 4 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)

Mirbek Tlobek, 23, berasal dari keluarga gembala etnik Kazakh di wilayah Xinjiang, barat laut China. Sejak zaman kanak-kanak lagi, pemuda ini sudah menanam impian untuk menjadi juruterbang. Selepas tamat pengajian pada 2023, dia berpeluang membuat sangkutan di sebuah syarikat penerbangan am, dan kemudiannya berjaya mendapatkan lesen juruterbang helikopter persendirian dan komersial.

Hari ini, Mirbek Tlobek bekerja sebagai juruterbang helikopter profesional di sebuah syarikat penerbangan am di Narat, sebuah tempat berpemandangan indah yang makin popular pada tahun-tahun kebelakangan ini. Pelancong berduyun-duyun ke sana untuk menaiki helikopter dan menikmati pemandangan indah dari udara.

Semasa dalam penerbangan, Mirbek Tlobek akan memperkenalkan gunung-gunung dan sungai-sungai di Xinjiang yang cukup mempesona kepada penumpangnya. Dia juga berkongsi kisah-kisah menyentuh perasaan mengenai penduduk pelbagai etnik yang bersatu hati, juga perjalanan peribadinya sehingga bergelar juruterbang helikopter.

Sejak mendapatkan lesennya, Mirbek Tlobek telah melakukan penerbangan melebihi 430 jam.

“Pada masa depan, saya mahu memperoleh lesen pengajar supaya saya dapat melatih perantis dan membantu orang seperti saya mencapai impian,” katanya.

Mirbek Tlobek (kedua dari kiri) dan rakan sekerjanya membersihkan landasan di sebuah syarikat penerbangan am di kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek (paling kanan) berbual-bual dengan pelancong di Narat, kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 10 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek (kanan) dan rakan sekerjanya memeriksa peralatan di sebuah syarikat penerbangan am di kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek melakukan latihan penerbangan di Narat, kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek (kiri) dan pengajarnya Qu Jingwei melakukan latihan penerbangan di Narat, kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek menunggang kuda pada waktu rehat di Narat, kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 10 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek melakukan latihan penerbangan di Narat, kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek menguruskan helikopter di sebuah syarikat penerbangan am di kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 4 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)
Mirbek Tlobek (kanan) dan rakan sekerjanya membuat pemeriksaan sebelum penerbangan di sebuah syarikat penerbangan am di kawasan autonomi Kazakh Ili, wilayah Xinjiang, barat laut China, 5 Mac 2025. (Xinhua/Ding Lei)

Video

Berita Berkaitan