- Lain-lain
China Mahu Capai Kemajuan Penting di Luar Bandar Menjelang 2027
Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Majlis Negara mengeluarkan pelan dengan sasaran untuk mencapai kemajuan penting dalam pemulihan luar bandar yang menyuluruh serta mempromosi pemodenan pertanian ke taraf baharu menjelang 2027, lapor Xinhua pada Rabu.
Menurut laporan yang dikeluarkan, asas kepada keterjaminan makanan akan diperkukuh lagi, dan kapasiti pengeluaran pertanian secara keseluruhannya akan ditingkatkan dengan stabil, sekali gus memastikan bekalan makanan buat rakyat China mencukupi.
Laporan itu turut menekankan untuk meningkatkan taraf jaminan bijiran dan bekalan produk pertanian utama, dengan mengusulkan sasaran untuk memastikan kawasan tanaman bijiran kekal stabil pada kadar 1.75 bilion mu (sektitar 117 juta hektar), dengan kawasan bijiran sekitar 1.45 bilion mu.
Memetik Xinhua lagi, laporan itu juga menggesa untuk melakukan promosi terhadap peningkatan kapasiti penghasilan bijiran secara stabil, dengan mencapai sekitar 1.4 trilion jin (700 bilion tan).
Mengikut laporan tersebut, kawasan maju di timur dan kampung subbandar di bandar-bandar tengah dan wilayah bahagian barat yang sesuai bagi penanaman bijiran akan menjadi pendahulu dalam mencapai pemodenan luar bandar dan pertanian menjelang 2027.
Laporan itu juga percaya bahawa kemajuan penting akan dicapai dalam pemulihan menyeluruh kawasan luar bandar menjelang 2035, dengan pemodenan pertanian pada dasarnya direalisasikan dan kawasan luar bandar dilengkapi dengan syarat asas untuk kehidupan moden.
Di Manakah Suasana TBC Paling Kuat Terasa Di China, Korea Selatan Dan Malaysia?
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
Tahun 2024 Presiden Xi: Detik-detik bersama rakyat
Demi Masa Depan Lebih Baik
Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Perdalam Pembaharuan Luar Bandar, Bina Negara Kuat dalam Pertanian: Xi
- China Keluarkan Kertas Putih Pembangunan Jalan di Kawasan Luar Bandar
- Pembangunan Hijau di Desa Indah Bak Lukisan
- Projek Halaman Belakang Sains dan Teknologi Menyumbang Kepada Pemulihan Luar Bandar China
- China Hidupkan Semula Luar Bandar Melalui Pelancongan, Industri Khusus
- China Ambil 7 Ribu Guru Bersara Untuk Berkhidmat di Luar Bandar
- 'Pokok wang', Telur Itik Laut Cipta Peluang Pekerjaan di Guangxi
- Kampung Teladan Kongsi Kunci Kejayaan Hasil Transformasi Hijau
- Dokumen Pusat No.1 Rangka Peta Jalan Pembangunan Desa
- Amalkan Konsep 'Industri Pertanian Makro' dan 'Industri Makanan Makro' -- Xi