Projek Halaman Belakang Sains dan Teknologi Menyumbang Kepada Pemulihan Luar Bandar China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 01 November 2024

“Kami telah menerima lebih daripada 10 hasrat kerjasama yang meliputi promosi teknologi pertanian, inovasi penyelidikan saintifik, dan jualan produk pertanian,” ujar Ye Youliang, profesor di fakulti alam sekitar dan sumber di Universiti Pertanian Henan.

Menurut profesor itu, projek halaman belakang itu telah dikunjungi oleh lebih daripada 20 penanam utama serta ketua-ketua perusahaan dari seluruh provinsi Henan semasa tempoh cuti emas Hari Kebangsaan selama tujuh hari pada 1 Oktober lalu.

Projek halaman belakang sains dan teknologi merupakan satu inisiatif yang membawa bilik darjah ke sawah, dan ia sesuai dalam usaha menerokai model-model baharu promosi teknologi pertanian serta pemupukan bakat berdasarkan keadaan setempat.

Dua siswazah sedang bekerja di halaman belakang sains dan teknologi beras di kaunti Shanggao, Yichun, provinsi Jiangxi, timur China, bagi mengambil sampel beras di sawah padi. (People’s Daily Online/Zhou Liang)

Dua siswazah sedang bekerja di halaman belakang sains dan teknologi beras di kaunti Shanggao, Yichun, provinsi Jiangxi, timur China, bagi mengambil sampel beras di sawah padi. (People’s Daily Online/Zhou Liang)

Sejak memulakan projek itu di Henan pada 2012, Universiti Pertanian Henan telah membina 24 kemudahan yang seumpanya di peringkat kebangsaan, menghimpunkan lebih daripada 100 fakulti dan 1,000 mahasiswa ke sawah untuk menambah baik kehidupan rakyat sambil melanjutkan pelajaran masing-masing.

Projek halaman belakang sains dan teknologi dilihat telah memberikan bantuan kepada petani dari sudut teknikal. Sebagai contoh, halaman belakang sains dan teknologi di Yuzhou, Henan berjaya menambah baik hasil gandum dan jagung seunit untuk petani tempatan secara konsisten.

Difahamkan, ia adalah susulan daripada penyediaan kursus latihan teknologi pertanian, memperkenalkan baka baharu, serta mempromosi teknik seperti percubaan tanah dan kacukan yang diformulasikan, selain pertanian cekap.

Meskipun mengalami hujan terus menerus pada tahun lalu, hasil tiga isi rumah demonstrasi teknologi telah melebihi 500 kilogram per mu (sekitar 667 meter persegi), manakala harga pembelian berada pada sekitar RMB2.5 yuan (AS$0.35) sekilogram, iaitu kira-kira RMB0.4 lebih tinggi daripada purata gandum yang terjejas oleh hujan.

Berakar umbi di kawasan luar bandar dan menawarkan bantuan untuk petani, halaman belakang sains dan teknologi menyelaraskan keseluruhan proses pengeluaran pertanian daripada penanaman hingga penuaian melalui perkhidmatan teknologinya.

Latar belakang sains dan teknologi memacu pembaharuan model penanaman bakat. Di halaman belakang sains dan teknologi, mahasiswa bukan sahaja perlu memberi bimbingan kepada petani di ladang dan memberi kuliah, tetapi juga melibatkan diri dalam penyelidikan dan penghasilan jurnal.

Pensampelan, penimbangan dan penyediaan reagen ialah perkataan yang paling kerap disebut dalam log kerja sains dan teknologi belakang rumah Universiti Pertanian Henan.

Dengan kecerdasan dan usaha mereka, ahli fakulti dan pelajar memberikan sokongan padu untuk pengeluaran pertanian tempatan.

Sepanjang dekad yang lalu, ahli fakulti dan pelajar yang bekerja untuk bidang sains dan teknologi yang dikendalikan oleh Universiti Pertanian Henan telah mengarang lebih daripada 10 buku sains popular, menerbitkan lebih 100 kertas akademik dalam jurnal domestik dan antarabangsa, dan menyusun 15 spesifikasi teknikal.

Memindahkan bilik darjah ke sawah, dan melalukan penerokaan inovatif, sains dan teknologi halaman belakang membolehkan tenaga pengajar dan mahasiswa menggunakan kelebihan masing-masing, sekali gus membantu mejadikan mereka anggota akademi yangberkelayakan yang untuk memajukan pertanian.

Seorang profesor di Universiti Pertanian Jiangxi menawarkan bimbingan teknikal kawalan serangga perosak kepada seorang petani buah-buahan di halaman belakang sains dan teknologi di Ji’an, provinsi Jiangxi, timur China pada 18 April 2024. (People’s Daily Online/Li Fusun)

Seorang profesor di Universiti Pertanian Jiangxi menawarkan bimbingan teknikal kawalan serangga perosak kepada seorang petani buah-buahan di halaman belakang sains dan teknologi di Ji’an, provinsi Jiangxi, timur China pada 18 April 2024. (People’s Daily Online/Li Fusun)

Halaman belakang sains dan teknologi adalah platform penting untuk mempromosi inovasi dalam teknologi pertanian.

Bagi mengatasi isu seperti pembajaan yang tidak munasabah dan penanaman semula tanah yang berat, projek halaman belakang sains dan teknologi di kaunti Qixian telah mengumpul lebih daripada 1,000 sampel tanah, serta melancarkan baja khas dan agen pembalut benih untuk bawang putih.

Tindakan tersebut menyaksikan kos dapat dikurangkan lebih daripada 30 peratus, serta kenaikan sebanyak 15 peratus dalam hasil.

Memanfaatkan kuasa teknologi dan menggalakkan penyepaduan pengeluaran, pendidikan, penyelidikan dan pengaplikasian, peluasan sempadan pengeluaran pertanian dan usaha menggalakkan peningkatan menyeluruh bagi keseluruhan rantaian industri pertanian kini menjadi realistik.

Dengan projek sains dan teknologi yang berfungsi sebagai tunjang dan pakatan industri sebagai pemacu utama, lebih banyak model pembangunan pertanian baharu boleh diterokai.

Univerisit Pertanian Henan dan Syarikat Kumpulan Henan Xinlianxin Chemicals telah bersama-sama menubuhkan halaman belakang sains dan teknologi di Qixian dan Xinxiang, memfokuskan pada pembaikan tanah dalam bidang hasil rendah yang terjejas akibat penggurunan tanah dan salinisasi, dan bersama-sama merumuskan hasil tinggi, cekap, dan rancangan penanaman hijau untuk tanaman.

Kaunti Yongfeng di provinsi Jiangxi, di timur China bersama-sama dengan Universiti Pertanian Jiangxi telah menubuhkan bersama halaman belakang sayur-sayuran sains dan teknologi, memperkukuh kerjasama dalam kalangan perusahaan terkemuka, pangkalan demonstrasi, halaman belakang sains dan teknologi serta petani sayur profesional. Projek ini telah melatih lebih 40,000 petani sayur profesional baharu.

Penerokaan model kerjasama baharu dalam kalangan perusahaan, universiti dan institusi penyelidikan, serta penambahan projek halaman belakang sains dan teknologi sebagai jambatan inovasi diyakini akan memupuk kitaran positif yang lebih kukuh antara pembangunan pertanian dan kemajuan teknologi.

Setiap halaman belakang sains dan teknologi memberi perkhidmatan kepada komuniti tempatannya dengan meningkatkan kecekapan pengeluaran dan merangsang pembangunan perindustrian serantau.

Melalui pengembangan berterusan model ini merentasi kawasan luar bandar, China mewujudkan laluan yang lebih luas ke arah kemakmuran luar bandar sambil mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pertanian.

Video

Berita Berkaitan