- Lain-lain
Pemulangan Cukai Segera Lebarkan Sayap ‘China Travel’
Seorang pelancong bergambar dengan berlatarbelakangkan bunga semasa Pameran Bunga Antarabangsa Shanghai 2025 di Daerah Huangpu, Shanghai di timur China pada 18 April 2025. (Xinhua/Wang Xiang)
Di sebuah kedai serbaneka di Guangzhou, selatan China, seorang pelancong dari Singapura, Lee telah membeli teh Cina premium buat sahabat dan ahli keluarganya – dan kemudian terus keluar dari premis itu dengan mendapat pemulangan cukai daripada kedai sama.
Dia yang merupakan usahawan teknologi menyifatkan proses pemulangan cukai sebagai sangat memudahkan, dan menzahirkan pujian terhadap dasar pemulangan baharu oleh China itu yang menyaksikan pelancong asing kini tidak lagi perlu beratur panjang di lapangan terbang untuk mendapatkan pemulangan cukai.
China kini telah mengembangkan liputan pemulangan cukai segera untuk menawarkan pengalaman yang lebih baik buat pelancong antarabangsa. Di Shanghai, perkhidmatan tersebut telah tersedia di sekitar separuh daripada kedai kongsi pemulangan cukai bandar itu.
Difahamkan, dasar tersebut telah diperluaskan ke serata negara pada 8 April lalu, merupakan susulan daripada usaha China pada mutakhir ini untuk mendorong mobiliti dan pertukaran global seperti memudahkan dasar visa, menambah baik kemudahan pembayaran dan memperlancar urusan kastam.
Kesemua perubahan tersebut sekali gus menyaksikan pelancongan masuk ke China menjadi lebih mudah, serta menjadi faktor dalam kenaikan mendadak isi kandungan mengenai ‘China Travel’ dalam platform media sosial.
Sebagai contoh, pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed telah merakamkan perjalanan kung fu beliau di Kuil Shaolin yang terkenal di tengah China, yang turut mencuri perhatian penonton dunia.
Pada 2024, China merekodkan 64.88 bilion aliran rentas sempadan oleh warga asing, iaitu peningkatan 82.9 peratus dari tahun ke tahun. Untuk suku pertama 2025, angka itu direkodkan sebanyak 17.44 juta, iaitu kenaikan 33.4 peratus berbanding tahun terdahulu.
Berbalik ke kisah Lee, dalam tempoh sepuluh harinya di China, dia telah melewati taman perindustrian, pusat kewangan dan hab berteknologi tinggi di sepanjang perjalan di penjana perindustrian itu, selain turut membawa pulang perkongsian yang mempunyai masa depan cerah.
Menurut penganalisis, peluasan dasar pemulangan cukai yang dikemukakan baru-baru ini akan meningkatkan perbelanjaan dalam kalangan pelancong masuk, seterusnya melonjakkan pertumbuhan dalam sektor pelancongan China dan menarik lebih ramai pengunjung yang teruja untuk menerokai negara Tembok Besar.
Qin Yi, pengurus sebuah kedai porselain di Shanghai berkata bahawa pelancong yang menerima pemulangan cukai segera dalam betuk wang tunai akan terus membuat pembelian tambahan di tempat sama – iaitu satu trend yang membantu dalam mendorong jualan keseluruhan sesebuah kedai.
Hong Tao, ahli ekonomi di Universiti Perniagaan dan Teknologi Beijing berkata penggunaan masuk di China diunjurkan melangkaui RMB1.5 trilion (sekitar AS$205 bilion) pada lima tahun yang berikutnya.
Menurut Biro Statistik Negara, pada 2024, pelancong masuk telah membelanjakan lebih AS$94.2 bilion di China.
Memandangkan tarif AS telah memberi kesan terhadap peningkatan kos import China, pengguna di negara itu kini lebih memilih untuk melancong ke China.
Dengan dasar transit baharu untuk rakyat dari 54 negara, termasuk AS, rakyat negara itu kini boleh tinggal di China sehingga 240 jam tanpa visa. Jika dipadankan dengan dasar bayaran balik selepas pembelian yang baru dikembangkan, pengembara akan mendapat formula yang menarik iaitu, melancong, beli-belah, simpan -- dan ulangi.
Berbanding dengan cubaan untuk memalapkan daya tarikan China, tarif AS telah memberi tumpuan baharu pada produk China, yang sejak sekian lama diakui tentang untuk kualiti dan keterjangkauannya.
“Sekiranya tarif AS yang tinggi berterusan, kita mungkin melihat peningkatan perdagangan 'daigou',” kata Wang Huayu, profesor madya undang-undang fiskal dan cukai di Universiti Jiao Tong Shanghai, merujuk kepada amalan bahawa rakyat AS membayar perantara untuk membeli-belah di China bagi pihak mereka.
Bagaimanapun, pakar turut berpendapat bahawa usaha untuk menarik pelancong masuk memerlukan lebih daripada perubahan dasar.
“Adalah penting untuk membawa lebih banyak kedai dan pilihan barangan yang lebih luas dalam progam bayaran balik selepas pembelian,” ujar Hong.
Wang Peng, penyelidik di Akademik Sains Sosial Beijing menunjukkan bahawa kuasa kontrak digital untuk memendekkan proses pemulangan cukai kini hanya memerlukan beberapa saat sahaja.
Pada masa sama, beliau turut menunjukkan tentang kemampuan kecerdasan buatan dalam mengurangkan tekanan pada waktu puncak, memastikan perkhidmatan beli-belah distandardkan, serta mengurangkan jurang di sekitar rantau itu.
- Kafe Bergerak Jadi Trend di Kawasan Luar Bandar China
- Evolusi Lapangan Terbang, Daripada Tempat Transit, Kini Jadi Destinasi Pelancong
- Shanghai Catat Ledakan Pelancong Asing Suku Pertama Tahun Ini
- Jumlah Pelancong Asing ke Heng Dian Naik 1,000%
- Pelancongan di Bandar Peringkat Rendah Semakin Popular di China
- Pelancong Asing Terpikat dengan "China Travel with Chinese Films"
- Destinasi Alternatif Mampu Milik Jadi Pilihan Pengembara Muda
- Ledakan ‘China Travel’ Cerminan Kepada Hasil Pembukaan China
- Pelancongan Ais dan Salji Musim Sejuk China Dijangka Capai 520 Juta Perjalanan
- Industri Pelancongan Makmur Sempena Sambutan TBC 2025