Xi Mahu Shanghai Muncul sebagai Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Dunia (6)

(CRI)Rabu 30 April 2025
Xi Mahu Shanghai Muncul sebagai Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Dunia

Presiden China, Xi Jinping berkata bandar Shanghai menggalas misi untuk muncul sebagai pusat inovasi sains dan teknologi antarabangsa.

Oleh itu, bandar itu patut mengambil peluang, berkhidmat untuk strategi negara, meningkatkan keupayaan untuk memacu inovasi sains dan teknologi dan membimbing sektor bertaraf tinggi, supaya menjadikan Shanghai pusat inovasi sains dan teknologi yang berpengaruh di arena antarabangsa.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, membuat penekanan itu ketika mengadakan tinjauan di Shanghai, pada Selasa.

Ditemani Setiausaha Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China di Bandar Shanghai Chen Jining, dan Datuk Bandar Shanghai Gong Zheng, Xi turut melakukan kunjungan ke komuniti inovasi model besar "Modu Space" di Daerah Xuhui.

Beliau memuji pencapaian Shanghai dalam membangunkan industri kecerdasan buatan (AI).

Xi berkata, teknologi AI berkembang pesat dan menyaksikan ledakan pembangunan, oleh itu Shanghai harus mempercepat pembangunan ekosistem inovasi yang kukuh terutamanya dalam bidang AI, untuk meningkatkan daya saing global.

Selain itu, menurut Xi, Shanghai harus meningkatkan pembinaan keupayaan supaya berada di barisan hadapan dalam semua aspek pembangunan dan tadbir urus AI.

Video

Berita Berkaitan