- Lain-lain
Harus Bekerjasama, Bukannya Berpecah Belah
Pembangunan bukanlah hak milik AS sahaja, sebaliknya hak universal yang dimiliki semua negara di dunia. Dunia ini beraneka ragamnya, dan setiap negara mempunyai latar belakang sejarah, budaya dan sosioekonomi sendiri, juga mempunyai hak untuk mengejar pembangunan dan kemajuan. Negara maju dan negara membangun sama-sama mahukan pembangunan yang lebih baik. Negara maju memikul tanggungjawab untuk membantu negara membangun meningkatkan kemampuan pembangunan, dan bukannya menggunakan kelebihan sendiri untuk mengekang proses pembangunan negara lain.
Lihat sahaja dari sudut sejarah – yang menjadi trend ialah kerjasama secara terbuka, manakala keuntungan bersama dan hasil yang menang-menang merupakan aspirasi segenap rakyat. Sebarang cubaan untuk memonopoli atau mengehadkan hak untuk membangun kepada hanya sesetengah negara, bertentangan dengan prinsip kesaksamaan dan keadilan bahkan arus sejarah.
Dalam konteks ekonomi global yang semakin saling hubung, tindakan AS mengenakan tarif secara berlebih-lebihan sama seperti merampas hak membangun daripada negara lain khususnya di kawasan “Selatan Dunia”. Dasar ini, yang kononnya atas nama “perdagangan saksama”, sebenarnya telah menjadi tali gantung yang mencerut leher negara-negara berkenaan.
“Harus bekerjasama, bukannya berpecah belah”, inilah sentimen yang bergema rata-rata dunia. Dewasa ini, makin hari makin banyak negara yang menyuarakan tentangan terhadap dasar AS yang kononnya sebagai “timbal balas” itu. Ini termasuklah kerajaan Perancis, Britain, Itali dan Australia. Sementara itu, Peru, Kazakhstan, Chad dan negara-negara lain mengecam “tarif timbal balas” tersebut kerana melihatkan impaknya terhadap negara membangun yang ekonominya rapuh.
PM Singapura Lawrence Wong mengkritik keras tindakan AS kerana mencabuli perjanjian perdagangan bebas; PM Malaysia Anwar Ibrahim menyeru anggota ASEAN agar bersatu dan mengambil tindakan balas terhadap dasar tarif AS; PM Jepun Shigeru Ishiba pula menegaskan bahawa Jepun tidak akan tunduk kepada AS semata-mata untuk mencapai persetujuan tarif.
Pedang makan tuan – inilah senario yang dihadapi AS.
Yang diperlukan di dunia ini ialah perpaduan dan kerjasama, bukannya perpecahan dan konfrontasi.
Pada 23 April, China mempengerusikan Mesyuarat Arria-Formula Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai impak unilateralisme dan perbuatan membuli terhadap hubungan antarabangsa. Mesyuarat tersebut dihadiri wakil dari lebih 80 negara termasuk anggota Majlis Keselamatan.
China telah melantangkan pendiriannya yang menentang pembulian sehala, selari dengan seruan kebanyakan negara yang hadir supaya menegakkan multilateralisme di samping mengukuhkan dialog dan kerjasama.
Dunia ini tidak mampu menanggung huru-hara yang dicetuskan AS, dan ia juga tidak akan menerima slogan “Amerika Diutamakan” sekiranya kestabilan yang tergadai. Dunia hari ini nescaya akan beralih kepada model global yang lebih adil dan seimbang.
- Berkompromi dan Berdiam Diri akan Jadikan Pembuli Lebih Tamak - Wang Yi
- Dunia Ini Perlukan Kesaksamaan, Bukannya Hegemoni
- Tiada Panggilan Antara Pemimpin China, AS Baru-baru Ini - Kementarian Luar China
- Kestabilan Kewangan Global Terancam Akibat "Perang Tarif" AS
- Perang Gagal Sendiri: Mengapa Tarif Tidak Mampu Realisasikan MAGA
- China Sedia Hadapi Perang Tarif, Namun Terbuka untuk Berunding
- China Bantah Sebarang Urusan Jejaskan Kepentingan China: MOFCOM
- Tarif 245 Peratus Bongkar Lagi Amalan Buli AS
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- China Gesa AS Batalkan Tarif Timbal Balik