China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Pencegahan, Kawalan dan Asal Usul COVID-19

(CRI)Sabtu 03 Mei 2025

Jabatan Penerangan Dewan Negara China mengeluarkan kertas putih mengenai langkah dan pendirian China membabitkan pencegahan, kawalan dan pencarian asal usul COVID-19, pada Rabu.

Menurut dokumen itu, sejak tercetusnya COVID-19, China memperuntukkan sejumlah besar sumber untuk menyokong ahli sains tempatan bekerjasama dengan rakan-rakan dari luar negara bagi menjalankan penyelidikan berkaitan asal usul virus. Sementara itu, China tetap memikul tanggungjawab antarabangsa berdasarkan sikap terbuka, telus, saintifik dan profesional.

Kertas putih itu berkata, penyakit berjangkit ialah musuh bagi seluruh manusia. Sebarang tindakan yang mempolitikkan operasi membanteras penyakit berjangkit malah mengeluarkan maklumat palsu untuk menyerang negara lain demi kepentingan diri, pasti akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan seluruh manusia termasuk rakyat negara itu.

Video

Berita Berkaitan