China Capai Keajaiban dalam Usaha Perangi Wabak

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

COVID-19 sudah menular di dunia selama lebih tiga tahun. Dalam tempoh tiga tahun lalu, China menjunjung prinsip keselamatan rakyat dan nyawa diutamakan, mengoptimumkan dan mengubahsuai dasar pencegahan dan kawalan wabak mengikut perkembangan situasi, secara cekap mengkoordinasikan pencegahan dan kawalan wabak dengan pembangunan sosioekonomi, sehingga berjaya melindungi keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat.

Apakah yang diharungi China dalam memerangi COVID-19 dalam tiga tahun itu?

Pada akhir 2019 hingga separuh pertama 2020, China mengesan wabak itu dan segera memutuskan untuk ‘menutup bandar Wuhan’, dan langkah ini secara berkesan mencegah penularan virus, di samping meminimumkan kerugian nyawa dan kesihatan rakyat.

Pada separuh pertama 2020 hingga akhir 2022, China mempergiat penyelidikan dan pengeluaran ubat dan vaksin, di samping menjalankan kawalan dan pencegahan wabak. Dalam pada itu, China telah menjalankan vaksinasi COVID-19 percuma yang berskala paling besar di dunia dalam waktu yang singkat.

Apakah sumbangan China kepada dunia?

Ketika negara sendiri menghadapi kesulitan besar, China tetap menyokong usaha memerangi wabak oleh seluruh dunia. China telah menyediakan barang memerangi wabak sebanyak beratus-ratus bilion unit kepada 153 negara dan 15 pertubuhan antarabangsa. Selain itu, China berkongsi teknologi pencegahan dan kawalan wabak serta rawatan perubatan dengan lebih 189 negara dan kawasan serta lebih 10 pertubuhan antarabangsa, menghantar 37 kumpulan pakar perubatan ke 34 negara. China tidak lokek berkongsi pengalaman memerangi wabak dengan dunia, dan paling awal berjanji menjadikan vaksin COVID-19 sebagai produk awam sejagat. Sehingga kini, China telah memberikan lebih 2.2 bilion dos vaksin kepada 120 negara dan pertubuhan antarabangsa dan China turut menjadi negara yang menyediakan vaksin paling banyak kepada negara luar.

Apa yang akan China buat pada masa akan datang?

Mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang diadakan pada Khamis lalu mengatakan, situasi pencegahan dan kawalan wabak di seluruh negara semakin baik pada masa ini. China akan terus menjalankan pengawalan terhadap golongan berisiko, meningkatkan penyeliaan wabak dan daya amaran awal, serta menjalankan vaksinasi secara saintifik menurut perkembangan mutasi virus dan perlindungan vaksin.

Selain itu, China akan menjamin pengeluaran dan pembekalan barang-barang perubatan, mempergiat penyelidikan sains dan teknologi dalam bidang kesihatan, menggabungkan sinergi pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf sains dan teknologi tentang kesihatan nyawa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan