Hari Pekerja: China Catat Kenaikan 28.7 Peratus Perjalanan Rentas Sempadan

Hari Pekerja: China Catat Kenaikan 28.7 Peratus Perjalanan Rentas Sempadan
Pelancong melakukan penukaran mata wang di Tianjin International Cruise Home Port di Perbandaran Tianjin, utara China pada 1 Mei 2025. (Xinhua/Zhao Zishuo)

Agensi pemeriksaan sempadan di serata China merekodkan sekitar 10.9 juta perjalanan keluar dan masuk sempena cuti panjang Hari Pekerja selama lima hari, sekali gus menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 28.7 peratus, lapor agensi berita Xinhua yang memetik Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA), hari ini.

Daripada kesemua perjalanan tersebut, 5.87 juta daripadanya dilakukan oleh penduduk di tanah besar, sementara perjalanan oleh penduduk Hong Kong, Macao dan Taiwan pula adalah sebanyak 4 juta, iaitu peningkatan masing-masing sebanyak 21.2 peratus dan 37.1 peratus.

Lapor Xinhua, warga asing pula merekodkan sebanyak 1.12 juta perjalanan keluar dan masuk, menokok 43.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Menurut NIA, sekitar 380,000 daripada perjalanan itu merupakan kemasukan secara bebas visa, iaitu kenaikan 72.7 peratus berbanding tahun terdahulu.

Kesemua angka tersebut mencerminkan kecekapan dan daya tarik peluasan dasar bebas visa China yang semakin menarik pelancong asing.

Video

Berita Berkaitan