- Lain-lain
Perdagangan Buah-buahan Semakin Rancak Susulan Operasi Laluan Kereta Api China-Laos (3)
![]() |
Laluan Kereta Api China-Laos yang beroperasi dengan lancar, mudah, selamat dan berkecekapan tinggi, telah menjadi saluran yang penting bagi buah-buahan Asia Tenggara dibawa masuk ke pasaran China.
Baru-baru ini, bilangan pengangkutan buah-buahan tropika seperti durian dan manggis dari Thailand, Malaysia dan Laos yang dihantar melalui Kereta Api China-Laos terus meningkat hingga melebihi 2,000 tan setiap hari secara puratanya, iaitu mencatatkan rekod baharu.
Dalam tempoh dari akhir April hingga awal Mei, jumlah buah-buahan yang diangkut melalui Stesen Vientiane Selatan telah mencecah 20,000 tan. Data ini jelas menunjukkan peranan penting laluan tersebut dalam membantu negara-negara serantau memacu perdagangan buah-buahan.
Permintaan kalangan pengguna China terhadap buah-buahan tropika yang segar dapat dipenuhi melalui pengoperasian ekspres buah-buahan yang berlepas dari Thailand atau Laos dan tiba di China dalam masa yang singkat.
Seiring dengan peningkatan berterusan jumlah pengangkutan kargo, industri logistik di sekitar Stesen Vientiane Selatan juga dapat menikmati peluang pembangunan yang semakin banyak.
Selain itu, kemakmuran perdagangan buah-buahan dilaporkan kondusif bagi mendorong perkembangan pelbagai industri sampingan, memperbanyak peluang pekerjaan tempatan, dan menyumbang kepada landskap ekonomi serantau.
- Xi Ucapkan Takziah atas Pemergian Bekas Presiden Laos
- China Ikrar Perkasa Kerjasama Bilateral dengan Laos
- Modenisasi ala China Rujukan bagi Pembangunan Negara Lain - Duta Besar Laos
- China Komited Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN
- China, Laos Saling Hantar Kuasa Bersih
- China, Laos Bina Pusat Kerjasama Inovasi AI
- Diplomat Laos: E-Dagang Rentas Sempadan Permudah Pertukaran Laos-China
- Laluan Penerbangan Terus antara Ibu Negara China, Laos Mula Beroperasi
- 'Peace Train' PLA Tiba di Vientiane
- Rel China-Laos Kendali 60,000 Perjalanan