- Lain-lain
17 Tahun Selepas Wenchuan: Harapan Bersinar Gemilang (3)
Pemuda ini pula Zhang Zili. Ketika gempa Wechuan melanda 17 tahun dahulu, umurnya baru 6 tahun, seorang murid gred satu. Disebabkan gegaran, rumahnya runtuh. Anggota Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan bomba datang membantu mendirikan khemah dan membawa barang-barang keperluan.
Kenangnya kembali, “seorang pakcik dari PLA datang bermain dengan saya, mengajar saya menyanyi, dan tak henti-henti berkata kepada saya ‘jangan takut, kami ada di sini’.”
Kata-kata ini meninggalkan kesan yang mendalam. Setelah dewasa, Zhang Zili menjadi anggota Briged Kebakaran Hutan Kaunti Wenchuan. Ketika berlakunya gempa Luding pada 2022, dia bersama rakan-rakan seangkatannya berkejar ke kawasan bencana.
Imej Zhang Zili mendakap rapat seorang bayi yang diselamatkan menyentuh perasaan ramai netizen. Mereka memanggilnya “Abang Wenchuan”.
“Semasa saya berumur 6 tahun, saya diselamatkan oleh anggota PLA dan bomba ketika gempa melanda Wenchuan.”
Katanya, dia nekad untuk “menyambut baton”, menyambung legasi penyelamatnya.
- China Rangsang Pengambilan Kerja, Kebajikan Masyarakat Buat Golongan OKU
- Penghidap Polio Manfaatkan Media Sosial, Tingkatkan Kesedaran
- Penari Berkerusi Roda Ceriakan Hari Dengan Seni
- Pemuda Uygur Dianugerahkan Teladan Perpaduan Kaum
- Kafe di Xining Hargai Kelebihan OKU, Tawar Peluang Pekerjaan
- Laporan Terbaru Tekankan Usaha China Jamin Akses Budaya Golongan Cacat Penglihatan
- Sekolah Anjing Pemandu Adakan Sesi Yoga Tutup Mata
- Kecekalan Nenek Membuat Lapik Dalam Kasut Untuk Rekrut Baharu
- 15 Tokoh Terima Pingat dan Gelaran Kehormat Tertinggi China
- China Beri Penghormatan Kepada Doktor Teladan 2024