Tinjauan CGTN: 91.8 Peratus Responden Bidas 'Tarif Fentanyl' AS

(CRI)Rabu 14 Mei 2025

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengkritik Amerika Syarikat (AS) kerana mengenakan "tarif fentanyl" terhadap China dengan alasan yang bukan-bukan.

Dalam sidang akhbar yang diadakan pada Selasa, Lin berkata tindakan ini telah menafikan niat baik China dan menjejaskan kerjasama dalam bidang kawalan dadah antara kedua-dua negara.

Lin menegaskan bahawa masalah Fentanyl adalah isu domestik AS dan tanggungjawab untuk menangani isu tersebut adalah di tangan AS sendiri.

Menerusi tinjauan umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 91.8 peratus responden berpendapat bahawa tindakan AS tersebut merupakan manipulasi politik dan pembulian ekonomi bagi tujuan menyembunyikan kegagalannya dalam kawalan dadah.

"Tarif fentanyl" ini telah menjejaskan dengan teruk orde perdagangan antarabangsa.

Data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) menunjukkan, daripada 280 juta rakyat AS yang berumur 12 tahun ke atas, secara puratanya 1 daripada setiap 12 orang mengambil dadah.

Malah kira-kira 60 peratus daripada jumlah dadah yang dihasilkan di seluruh dunia, diimport ke AS.

Hasil tinjauan tersebut juga menunjukkan 91 peratus responden percaya penyalahgunaan dadah merupakan salah satu ancaman terbesar terhadap kehidupan rakyat AS.

Manakala 94.8 peratus responden berpendapat penyalahgunaan dadah telah menjadi isu berpanjangan dalam masyarakat AS.

Bagaimanapun sesetengah politikus AS sering menyalahkan negara-negara lain sebagai punca masalah penyalahgunaan fentanyl secara domestik, bahkan mengemukakan tuduhan atau mengenakan sekatan terhadap negara lain tanpa asas.

Dalam pada itu, sebanyak 90.8 peratus responden berpendapat, tindakan tidak bertanggungjawab AS yang bertujuan untuk menutup kegagalan kerajaannya dalam kawalan dadah itu akan menjejaskan kerjasama antarabangsa dalam membanteras dadah.

Tinjauan tersebut telah dijalankan melalui platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.

Dalam tempoh 24 jam, lebih 12,000 netizen menyertai tinjauan tersebut dan menyatakan pendapat masing-masing.

Video

Berita Berkaitan