- Lain-lain
Logistik Rentas Sempadan Nampak Lagi Kemajuan
Nilai import dan eksport barangan mengekalkan pertumbuhan stabil di China, dengan peningkatan 2.4% tahun ke tahun pada empat bulan pertama tahun ini.
Berdepan cabaran luaran, China giat membina sebuah pasaran yang berkepelbagaian di samping memperdalam kerjasama rantaian perindustrian dan bekalan, melalui usaha bersepadu yang turut melibatkan respons aktif badan-badan tempatan, jabatan dan juga entiti perniagaan.
Wartawan People’s Daily Online baru-baru ini telah melihat sendiri barisan hadapan pengeluaran dan operasi perniagaan di beberapa banyak tempat bagi meneroka peluang-peluang baharu untuk merealisasikan keterbukaan bertahap tinggi.
Koridor Baharu Darat-Laut Barat berkembang pesat dan dinaik taraf. Foto disediakan oleh penerima wawancara
Pada hujung April, mereka mengunjungi pusat operasi dan penghantaran Koridor Baharu Darat-Laut Barat dan menyaksikan data seperti pengedaran gudang seberang laut, nombor tempahan kargo dan jumlah volum kontena kereta api antarabangsa dikemas kini dalam masa nyata.
“Kira-kira 90% volum pengangkutan kami meliputi Asia atau Asia Tenggara,” jelas Liu Yizhen, timbalan pengurus besar New Land-Sea Corridor Operation Co., Ltd. (NLSC).
“Menerusi kerjasama kapisiti antarabangsa yang lebih mendalam, kami telah membentuk sebuah model koordinasi rantaian perindustrian bercirikan ‘pemprosesan ASEAN + pengeksportan ke seluruh dunia.”
Beliau memberitahu wartawan bahawa menurut data operasi, setakat ini, volum pengangkutan keseluruhan laluan darat-laut tersebut naik 9% berbanding tempoh sama tahun lepas, sementara volum pengangkutan rel rentas sempadan telah meningkat lebih sekali ganda.
Keterbukaan bertahap tinggi terus meletakkan asas yang kukuh bagi perkembangan ke arah ini, yang bukan sahaja hasil sinergi rantaian perindustrian melalui kerjasama kapasiti antarabangsa, tetapi juga berikutan adanya saluran logistik rentas sempadan yang menjadikan kos semakin rendah dan keefisienan semakin tinggi.
Contohnya rel China-Laos-Thailand yang memendekkan masa perjalanan hujung ke hujung daripada 9 hari kepada tidak sampai 5 hari, manakala kosnya dikurangkan hampir sepertiga. Tambahan lagi, mod pengangkutan ini berjadual dan tetap, dengan kadar kebolehramalan yang tinggi dan kos yang boleh dikawal. Ciri ini amat menarik bagi syarikat-syarikat yang memerlukan pengangkutan yang cekap, misalnya pengeluar produk elektronik.
Wartawan mewawancara syarikat mengenai pembangunan logistik rentas sempadan. (People's Daily Online/Sun Qifan)
Membina jaringan pengedaran global yang lebih berdaya tahan telah menjadi fokus perhatian korporat.
Huang Man, timbalan pengurus besar Chongqing Yuxinou Supply Chain Management Co., Ltd., memaklumkan bahawa pada Oktober tahun lepas, syarikatnya telah melancarkan produk “Ekspres Asia-Eropah”, yang menghubungkan Ekspres China-Eropah dan Koridor Darat-Laut Baharu dengan larian satu tren seminggu. Selepas barangan dari negara-negara ASEAN siap dibungkus, ia dihantar terus ke Eropah melalui Chongqing tanpa perlu dibungkus semula di pertengahan perjalanan.
Sanyangma Logistics Co., Ltd. pula sedang menumpukan pembangunan saluran ke laut Sichuan-Chongqing-Xinjiang dan meluaskan liputan ke Asia Tengah, Asia Barat dan Eropah. Pegawai yang bertanggungjawab menyatakan bahawa tempahan yang dihantar ke Asia Tengah serta negara-negara Jalur dan Laluan meningkat secara berterusan.
- Bina Rumah yang Aman, Selamat, Makmur, Cantik dan Bersahabat
- China Perjuangkan Keadilan, Kesaksamaan Di Sebalik Ketegangan Global
- Xi Selamat Tiba di Tanah Air
- China, Negara Jiran, Berganding Bahu Demi Masa Depan Lebih Baik
- China Sedia Mantapkan Kerjasama Perdagangan dengan ASEAN
- Jumlah Kenderaan Keluar Masuk Melalui Alashankou Baharui Rekod
- Forum Antarabangsa Perkhidmatan Perundangan BRI Dirasmikan
- Kerjasama Digital Jadi Enjin Baharu Pertumbuhan China, ASEAN
- Pelaburan China di ASEAN Berkembang Untuk Manfaat Bersama
- Kerjasama Berkualiti Tinggi BRI Cipta Peluang Untuk Pertumbuhan Global