Pelan Induk "Lima Dalam Satu", Teori dan Praktis Menuju ke Modenisasi

(CRI)Khamis 15 Mei 2025

Pelan induk "Lima Dalam Satu" yang dikemukakan oleh Presiden China Xi Jinping semasa berlangsungnya Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China pada tahun 2012, merangkumi pembangunan China dalam lima aspek utama iaitu ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan ekologi.

Berbeza dengan mod pertumbuhan ekonomi tunggal, pelan induk tersebut menitikberatkan pembinaan modenisasi secara holistik.

"Perindustrian, urbanisasi dan pemasaran" dianggap sebagai piawaian dalam konsep modenisasi tradisional, namun ia menanggung kerugian besar kerana mengabaikan kesaksamaan masyarakat, perlindungan ekologi dan pewarisan budaya.

Pelan induk "Lima Dalam Satu" bertujuan untuk memecah kebuntuan "pembaikpulihan selepas pencemaran", mengelakkan terjerumus ke dalam "perangkap pendapatan sederhana", sehingga mewujudkan pembangunan hijau dan lestari.

Dalam tempoh lebih sedekad lalu, di bawah bimbingan pelan induk "Lima Dalam Satu", China berjaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi sekitar 6 peratus setahun, kadar penggunaan tenaga seunit KDNK menurun sebanyak 26 peratus, dan indeks kepuasan rakyat meningkat sebanyak 18 peratus.

Video

Berita Berkaitan