China Tolak Penglibatan Taiwan dalam WHA ke-78

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Kerajaan China menolak penglibatan Taiwan dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-78. Keputusan ini adalah untuk memelihara prinsip Satu China dan mempertahankan keseriusan dan kewibawaan resolusi berkenaan Perhimpunan Agung PBB dan WHA.

Demikian diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Khamis.

Menurut maklumat berkenaan, WHA ke-78 yang bakal diadakan pada 19 Mei, tidak memberi undangan kepada Taiwan setakat ini.

Lin menyatakan bahawa penglibatkan Taiwan dalam pertubuhan antarabangsa termasuk aktiviti anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mesti dilakukan berdasarkan prinsip Satu China, yang sudah termaktub sebagai satu prinsip asas dalam Ketetapan No.2758 Perhimpunan PBB dan Ketetapan No.25.1 WHA. Taiwan tidak mempunyai apa-apa pun rujukan undang-undang mahupun hak untuk menyertai WHA, sebelum mendapat persetujuan kerajaan pusat terlebih dahulu.

Lin berkata, pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan degil mempertahankan pendirian “kemerdekaan Taiwan”sehingga asas politik bagi penglibatan pulau itu dalam WHA terhancur.

Video

Berita Berkaitan