China Lakar Pencapaian Ketara Jamin Kesihatan Rakyat - ILO

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Menurut maklumat dari Jabatan Pentadbiran Keselamatan Penjagaan Kesihatan Negara China pada Khamis, laporan yang bertajuk "Pengalaman China dalam Wujudkan Jaminan Perubatan Keseluruhan Rakyat" yang dikeluarkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) baru-baru ini menunjukkan bahawa pengalaman China tersebut boleh dijadikan rujukan bagi banyak negara yang memperjuangkan matlamat itu dan kondusif bagi pembangunan jaminan kesihatan dalam senario global.

Laporan itu berbunyi bahawa sistem jaminan perubatan asas China yang sudah mengalami transformasi dari tahap rendah ke tahap tinggi menyasarkan golongan pekerja di bandar dan pekan terlebih dulu, kemudian mengakses ke golongan penduduk di luar bandar dan pada akhirnya mencakup golongan penduduk di bandar dan pekan. China telah membentuk sistem jaminan perubatan asas yang terdiri daripada tiga peringkat, iaitu insurans perubatan asas, insurans penyakit serius dan bantuan perubatan.

Data berkenaan menunjukkan bahawa pada tahun 2023, jangka hayat purata penduduk China meningkat kepada 78.6 tahun, kadar kematian ibu mengandung dan ibu bersalin menurun kepada 151 per 100,000, dan kadar kematian bayi menurun kepada 4.5 peribu. Semua penunjuk kesihatan utama di negara ini pada umumnya berada di tahap tinggi antara negara berpendapatan sederhana dan tinggi.

Bagaimanapun, Laporan itu juga mengingatkan bahawa jaminan perubatan China masih menghadapi sebahagian cabaran pada fasa pembangunan selanjutnya, misalnya perlu mendorong pembentukan mekanisme jaminan rawatan yang saksama dan bersatu, serta menambahbaikkan mekanisme pembiayaan yang stabil dan mampan pada masa akan datang.

Video

Berita Berkaitan