AS Digesa Hentikan Langkah Diskriminasi Terhadap Syarikat China

(CRI)Selasa 20 Mei 2025

China menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk membetulkan kesilapan dan menghentikan sebarang langkah diskriminasi terhadap syarikat China.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam sidang media pada Isnin, ketika ditanya mengenai respons China mengenai penyusunan polisi kawalan pengeksportan cip oleh AS baru-baru ini.

Beliau berkata China telah berunding dan berkomunikasi dengan pihak AS melalui mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan dua hala, selepas negara itu mengeluarkan panduan berkaitan pada 12 Mei lalu.

Ujarnya tindakan AS telah merosakkan konsensus yang dicapai semasa rundingan peringkat tinggi antara China dan AS di Geneva.

Tindakan AS yang menyekat penggunaan cip Huawei Ascend adalah penyalahgunaan mekanisme kawalan eksport dan boleh merosakkan kestabilan rantaian bekalan semikonduktor global.

Katanya lagi, China akan mengambil langkah yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat China.

Video

Berita Berkaitan