Kapal Ekspedisi Saintifik Xuelong-2 Lawat Thailand

(CRI)Khamis 22 Mei 2025

Kapal ekspedisi saintifik Xuelong-2 mengadakan lawatan selama lima hari di Thailand bermula 19 Mei lalu. Ini merupakan kunjungan kali pertama kapal ekspedisi saintifik China ke negara tersebut.

Puteri Thailand Sirindhorn menghadiri majlis sambutan untuk Xuelong-2 dan mengunjungi kapal tersebut pada 20 Mei.

Puteri Sirindhorn memuji pencapaian signifikan China dalam ekspedisi saintifik di kutub serta hasil kerjasama Makmal Kerjasama Puteri Sirindhorn Thailand-China di Kutub Selatan sejak pembukaannya 12 tahun lalu.

Kapal Xuelong-2 juga dibuka untuk kunjungan awam semasa lawatan di Thailand.

Video

Berita Berkaitan