CCG Lakukan Kawalan terhadap Kapal Filipina Menurut Undang-undang

(CRI)Jumaat 23 Mei 2025

Jurucakap Pengawal Pantai China (CCG), Liu Dejun pada Khamis berkata, kapal kerajaan Filipina 3002 dan 3003 didapati menceroboh masuk ke kawasan perairan sekitar Terumbu Zhubi dan Terumbu Tiexian di Kepulauan Nansha China secara haram pada Rabu, tanpa izin kerajaan China. Pihak Filipina juga menghantar anggota menaiki Terumbu Tiexian untuk melakukan aktiviti haram.

Sebagai tindak balas, anggota CCG telah melakukan kawalan ke atas kapal-kapal Filipina tersebut, dan menaiki terumbu berkenaan untuk memastikan situasi. Operasi penguatkuasa China itu dilakukan berdasarkan undang-undang dan dalam cara profesional.

Pada pukul 9.13 hingga 9.14 pagi, kapal 3002 Filipina tidak mempedulikan amaran yang berulang kali diberikan oleh CCG, secara berbahaya mendekati kapal 21559 CCG yang sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan rutin di kawasan terbabit, menyebabkan perlanggaran ringan. Tanggungjawab insiden itu sama sekali di pihak Filipina, kata Liu.

Beliau menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan kawasan perairan sekitarnya. Langkah Filipina menceroboh wilayah China, membelakangi Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC), serta menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan. China menuntut Filipina segera menghentikan tindakan seumpama.

Tegasnya, CCG akan terus melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan milik China.

Video

Berita Berkaitan