Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-120 Universiti Fudan

(CRI)Isnin 26 Mei 2025

Presiden Xi Jinping berharap Universiti Fudan dapat terus memperdalam reformasi pendidikan dan penyelidikan saintifik serta menggerakkan hubungan positif antara inovasi teknologi secara berdikari dengan pemupukan bakat secara mandiri.

Harapan itu diluahkan beliau menerusi surat tahniah kepada guru, pelajar dan alumni Universiti Fudan sempena sambutan ulang tahun ke-120 penubuhan universiti berkenaan.

Xi menyeru agar universiti itu mempertingkat lagi kemampuan untuk melayani strategi utama negara dan pembangunan sosioekonomi antara wilayah, serta memberi sumbangan baharu kepada wawasan membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan