Program Tahun Melawat Malaysia 2026 Dilancarkan di Beijing

(CRI)Sabtu 24 Mei 2025

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Tourism Malaysia telah mengadakan sesi mempromosikan pelancongan di Beijing pada 22 hingga 23 Mei, sekali gus melancarkan program Tahun Melawat Malaysia 2026 dan program Malaysia My Second Home (MM2HI).

Menurut data statistik Tourism Malaysia, jumlah pelancong asing ke negara itu merekodkan 13.4 juta dari Januari hingga April lalu, meningkat 21 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. China muncul sebagai sumber pelancong antarabangsa ketiga terbesar bagi Malaysia selepas Singapura dan Indonesia.

Pada Januari hingga April lalu, jumlah pelancong China ke Malaysia merekodkan 1.4 juta, menokok 37.8 peratus.

Tourism Malaysia akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi pelancongan dan pihak berkaitan di China untuk membina Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik di peringkat antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan