Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa China Labuh Tirai, Terima Lebih 2.2 Juta Kunjungan

Seorang pengunjung mengambil foto bust ‘Black Myth: Wukong’ semasa berlangsungnya  Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China di Provinsi Guandong, selatan China pada 23 Mei 2025. (Xinhua/Liang Xu)

Seorang pengunjung mengambil foto bust ‘Black Myth: Wukong’ semasa berlangsungnya Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China di Provinsi Guandong, selatan China pada 23 Mei 2025. (Xinhua/Liang Xu)

Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (Shenzhen) China edisi ke-21 melabuhkan tirainya pada Isnin, dengan jumlah kunjungan keseluruhan direkodkan melebihi 2.2 juta orang sepanjang lima hari ia berlangsung, sekali gus mencerminkan kekuatan peranannya sebagai platform utama untuk pertukaran budaya dan kerjasama.

Memetik laporan agensi berita Xinhua, pameran yang berlangsung di Shenzhen, Provinsi Guangdong di selatan China itu telah menampilkan lebih daripada 120,000 produk kebudayaan serta lebih 4,000 projek pembiayaan dan pelaburan.

Menurut jawatankuasa penganjur, pameran itu turut disertai oleh 6,280 delegasi kerajaan, institusi kebudayaan dan syarikat.

Edisi terkini pesta tersebut telah mengembangkan capaian antarabangsanya, memperbaharui rekod dalam angka negara-negara Jalur dan Laluan yang terlibat, rakan global, serta kategori produk yang dipamerkan.

Lapor Xinhua, daripada 65 negara dan wilayah yang menyertai, lebih 50 daripadanya adalah dari negara-negara Jalur dan Laluan. Negara-negara seperti Poland, Rusia, Brazil Indonesia dan Mesir telah mengetengahkan pelbagai bahan-bahan kebudayaan yang tersendiri.

Pameran itu yang turut menampilkan ruang pameran kecerdasan buatan (AI) buat julung-julung kalinya telah menarik 60 syarikat AI baharu muncul dan terkemuka. Dengan pengalaman interaktif seperti pertunjukan yang dikuasakan AI, dan pengaplikasian senario secara sepenuhnya, ia menawarkan tanggapan segar dan pemandangan yang mengasyikkan tentang bagaimana AI membawa transformasi kepada industri kebudayaan.

Sejak diadakan pada 2024, pameran itu telah menjadi acara kebudayaan yang terkemuka China dan platform penting bagi membantu agar budaya China ke persada antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan