- Lain-lain
Pelabuhan Kargo Utama China Jalinkan Kerjasama Maritim Rendah Karbon Dengan 3 Hab Eropah
Pelabuhan Ningbo-Zhoushan. (foto/VCG)
Pelabuhan Ningbo-Zhoushan, iaitu pelabuhan tersibuk di dunia berdasarkan truput kargo, pada Selasa telah mengumumkan tiga inisiatif yang diambilnya bersama-sama dengan tiga pelabuhan utama Eropah, lapor agensi berita Xinhua.
Memetik laporan Xinhua, kerjasama dengan Pelabuhan Hamburg dan Wilhelmshaven di Jerman serta Valencia di Sepanyol itu adalah untuk membina koridor penghantaran hijau, dan memajukan lagi kerjasama pelabuhan rendah karbon antara China dan Eropah.
Difahamkan, industri penghantaran telah mengendalikan sekitar 80 peratus daripada perdagangan global dan mendepani tekanan segera untuk membendung pelepasan karbon.
Lapor Xinhua, di bawah inisiatif untuk menyahkarbon penghantaran antarabangsa, pelabuhan yang terlibat akan bekerjasama dengan barisan penghantaran, pemilik kargo, penyedia tenaga, institusi penyelidikan dan pemegang-pemegang taruh yang lain untuk mempromosi teknologi sifar karbon, gas bersih dan sistem pengurusan pintar pada laluan yang ditetapkan.
Antara tindakan utama adalah membina dan memanfaatkan infrastruktur kuasa pesisir, mengoptimumkan jaringan agihan angkutan, mengadaptasi tenaga baharu dan meningkatkan skala penampung bahan bakar yang bersih, dengan sasaran mewujudkan koridor pelepasan sifar karbon dari permulaan pelabuhan kepada pelabuhan terminal.
Untuk rekod, Pelabuhan Ningbo-Zhoushan mengendalikan lebih daripada 300 laluan kontena, termasuk lebih daripada 250 antarabangsa, menghubungkan lebih 600 pelabuhan di lebih 200 negara dan wilayah.
Usaha memperkuat penyelidikan dan mempromosi teknologi rendah karbon dan hijau sentiasa menjadi fokus terhadap pelabuhan itu, dengan 74 peratus tenaganya didatangkan dari sumber yang bersih,
“Kami menyasarkan untuk bekerjasama erat dengan pelabuhan dan syarikat penghantaran di bawah BRI dalam usaha menyokong transformasi hijau dan global bagi pelabuhan dan penghantaran,” ujar Tao Chengbo, pengerusi Kumpulan Pelabuhan Ningbo-Zhoushan kepada Xinhua.
- China Duduki Ranking Pertama Dalam Jumlah Pelabuhan Pintar Global
- Pengendalian Kontena Pelabuhan Shanghai Lebih 50 Juta TEU
- Terminal Automatik Pelabuhan Qingdao Pecah Rekod Dunia Kali Ke-11
- Sorotan Perkembangan Pelabuhan Yantian Shenzhen
- Nilai Tambah Ekonomi Pelabuhan China 2023 Catat RMB6.2 Trilion
- Shanghai Kekal Status Bandar Pelabuhan Dagang Terbesar Dunia
- Pelabuhan China Suntik Tenaga kepada Pembangunan Ekonomi