- Lain-lain
Laici Volkano Haikou Dorong Permintaan Global, Rekod Jualan
Laici yang ditanam di tanah volkano di Haikou, Provinsi Hainan, selatan China kini telah mengalami ledakan dalam populariti selepas musim menuai membuka tirainya sejurus tibanya Lixia, iaitu Permulaan Musim Panas dalam kalendar tradisional Cina.
Terkenal dengan sifatnya yang cepat masak serta rasanya yang sedikit masam dan tajam, laici tersebut telah menjadi popular dalam platform e-dagang, sekali gus menarik ramai pembeli dari serata China.
Foto memperlihatkan laici di kawasan volkano di Haikou, Provinsi Hainan, di selatan China. (Oleh Yao Miaojuan)
Dengan rantai bekalan yang mampu menghantar buah tersebut dari pokok ke atas meja makan dalam tempoh hanya 36 jam, laici Haikou telah menambat hati pengguna di serata China dan kini sedang dieksport ke pasaran luar termasuk Emiriah Arab Bersatu dan Rusia.
Menelusuri sejarah, pemumpukan laici di Haikou dikatakan bermula lebih daripada 2,000 tahun di kawasan kluster gunung berapi tersebut. Pada Jun 2017, sistem perladangan laici Haikou yang turut terkenal dengan kaedah cantuman liarnya, telah diangkat sebagai tapak sistem warisan pertanian penting peringkat negara di China.
Foto memperlihatkan tapak tanaman laici di Haikou, Provinsi Hainan di selatan China. (People’s Daily Online/Meng Fansheng)
Laici adalah ramuan utama dalam pelbagai juadah di Haikou termasuk laici sejuk yang direndam dalam air garam, paf laici, sup ayam yang diseduh laici dan jus laici. Industri laici tersebut telah berkembang kepada pemprosesan mendalam, sekali gus menghasilkan produk-produk baharu seperti minum teh laici, wangian, laici kering, madu dan bir berperisa laici.
Sektor pelancongan di kawasan itu juga turut memanfaatkan fenomena ledakan laici tersebut. Di kampung-kampung purba dalam kawasan volkano, terdapat bengkel yang memperkenalkan sejarah buah tersebut kepada pengunjung, manakala keseronokan dan pasaran laici musim panas di kebun bunga telah menyaksikan angka pengunjung bertambah.
Foto menunjukkan pokok laici di kawasan volkano Haikou di Provinsi Hainan, selatan China. (Oleh Yao Miaojuan)
Pengeluaran laici di Haikou diunjurkan untuk mencapai 87,000 tan pada 2025, dengan jumlah jualan dijangka melepasi angka RMB1.6 bilion (AS$223 juta)
Pada hari pertama musim menuai sahaja, kontrak jualan telah pun melebihi RMB220 juta, dan pra-pesanan di seluruh negara pula mencapai RMB411 juta. Dengan lebih banyak varieti memasuki pasaran, pembelian secara pukal dan pesanan dalam talian turut sama meningkat.
Foto memaparkan laici yang ditanam di kawasan volkano di Haikou, Provinsi Hainan di selatan China. (Oleh Wu Meiyi)
- Sektor Sayuran, Buah, Benih Berkembang Maju di Yuanmou
- Yunnan Kini Masuk Musim Menuai Beri Biru
- Industri Avakado Tingkat Taraf Hidup Etnik Lahu
- Buah-buahan dari ASEAN Kini Boleh Masuk ke China Melalui Jalan Air Sungai Mekong
- Plum Jiashi Dieksport ke Malaysia Kali Pertama
- Spesies Durian Baharu Berjaya Berbuah di Sanya
- Guangxi: Provinsi Buah-buahan Nombor Satu China