Strategi Indo-Pasifik Alat Amalkan Hegemoni: Prof. NDU

(CRI)Ahad 01 Jun 2025

Strategi Indo-Pasifik pada hakikatnya merupakan alat diguna Amerika Syarikat (AS) untuk mengamalkan hegemoni, kata Profesor Meng Xiangqing dari Universiti Pertahanan Negara (NDU) Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

Prof. Meng yang menghadiri Dialog Shangri-La edisi ke-22 di Singapura memaklumkan bahawa sempena dialog berkenaan, AS sekali lagi membangkitkan Strategi Indo-Pasifik yang hanya akan mengundang kacau-bilau dan krisis di rantau Asia Pasifik.

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG), beliau berkata AS berniat mencetuskan perpecahan di rantau ini, tetapi kolaborasi dan pembangunan yang dititikberatkan ASEAN barulah aspirasi bersama negara serantau.

Video

Berita Berkaitan