- Lain-lain
Kutipan Pecah Panggung Semasa Pesta Perahu Naga Cecah RMB400 Juta
Foto orang ramai di sebuah pawagam di Daerah Xicheng, Beijing, ibu kota China pada 3 Februari 2025. (Xinhua/Cai Yang)
Setakat pukul 12.47 tengah hari Isnin, kutipan pecah panggung China sepanjang tempoh percutian sempena Pesta Perahu Naga 2025 telah melangkaui angka RMB400 juta (sekitar AS$55.67 juta), lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Xinhua yang memetik Maoyan, iaitu penjejak pecah panggung, ia sekali gus memperlihatkan peningkatan signifikan berbanding tempoh sama tahun lalu.
Blokbuster musim panas, ‘Mission: Impossible – The Final Reckoning,’ filem francais aksi Hollywood kelapan itu telah mendahului carta, dengan kutipan sebanyak RMB165.31 juta setakat pukul 12.47 tengah hari Isnin.
Seiring dengan Pesta Perahu Naga yang jatuh pada Hari Kanak-kanak Antarabangsa, tempoh cuti tersebut turut menampilkan barisan filem animasi yang mesra keluarga, yang telah mencuri tumpuan penonton seluruh negara.
Lapor Xinhua lagi, carta pecah panggung dari tangga kedua hingga keempat pula didominasi oleh filem animasi termasuk filem animasi Jepun iaitu ‘Doraemon the Movie: Nobita’s Art World Tales’,filem pengembaraan animasi tempatan, ‘Endless Journey of Love’ dan filem aksi adaptasi Disney, ‘Lilo & Stitch’.
Pesta Perahu Naga yang turut dikenali sebagai Pesta Duanwu itu jatuh pada hari kelima bulan kelima dalam kalendar tradisional Cina. Pada tahun ini, ia disambut pada 31 Mei dan ia berlangsung selama tiga hari sehingga 2 Jun.
- Dinamika China | Terokai Tempat Lahir Blockbuster China di Qingdao
- Pecah Panggung China Langkaui RMB740 Juta Semasa Musim Cuti Hari Pekerja
- Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-15 Labuh Tirai
- Festival Filem Antarabangsa Beijing ke-15 Buka Tirai
- 14 Filem Baharu Bakal Ditayangkan Semasa Cuti Pesta Qingming di China
- 'Ne Zha 2' Raih Kutipan RMB300 Juta di Luar Negara
- Kejayaan ‘Ne Zha 2’ Pamer Pengaruh Budaya China yang Semakin Meluas – Pakar
- Industri Perfileman, TV Makmur di Qingdao
- Kutipan Filem Semasa Perayaan TBC Cecah RMB20 Bilion
- 'Ne Zha 2' Cipta Rekod, Raih Kutipan RMB10 Bilion