- Lain-lain
China Mahu AS Betulkan Kesalahan dan Hormati Konsensus Yang Dicapai
Tekanan dan paksaan bukan cara yang betul untuk berkomunikasi dengan China.
Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang media pada Selasa sebagai respons terhadap dakwaan terbaharu Amerika Syarikat (AS) bahawa China telah melanggar konsensus yang dicapai dalam Rundingan Ekonomi dan Perdagangan China-AS di Geneva tidak lama dahulu.
Beliau berkata, China menggesa AS supaya menghormati fakta, berhenti menyebarkan maklumat palsu, membetulkan kesalahan, dan mempertahankan konsensus yang dicapai kedua-dua negara.
Lin Jian berkata, AS mencemarkan imej China tanpa asas dan fakta, selain melaksanakan langkah penindasan ekstrem seperti kawalan eksport cip, menggantung jualan EDA dan membatalkan visa pelajar China.
"Tindakan tersebut menjejaskan bukan sahaja konsensus yang dicapai di Geneva, bahkan hak dan kepentingan China yang sah.
"China menentang dan telah mengemukakan bantahan tegas terhadap tindakan AS tersebut," katanya.