- Lain-lain
Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Belarus di Beijing
Presiden China Xi Jinping hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko di Beijing pagi tadi.
Pada pertemuan tersebut, Xi sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Lukashenk atas pelantikan semula sebagai Presiden Belarus.
Xi berkata, China sentiasa memandang dan membangunkan hubungan China-Belarus dari perspektif strategik dan jangka panjang.
Beliau berkata China sedia bekerjasama dengan Belarus untuk menggalakkan pembangunan hubungan dua hala serta kerjasama saling untung secara stabil dan berterusan.
Xi berkata, kedua-dua pihak perlu memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dalam kerangka pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), bersama-sama menentang hegemoni, penindasan dan buli, serta mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.
Sementara itu, dalam pertemuan tersebut, Lukashenko menyatakan bahawa Belarus akan terus komited membangunkan hubungan dengan China dan secara aktif mendorong kerjasama kedua-dua pihak.
Beliau berkata dalam hal ehwal antarabangsa, Belarus bersedia bekerjasama dengan China untuk mempertahankan keadilan dan kesaksamaan sejagat.
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Belarus Lukashenko
- Perdana Menteri China, Belarus Adakan Perbincangan
- China Bersedia Eratkan Kerjasama Pelbagai Bidang dengan Belarus - PM Li
- Menteri Luar China, Belarus Adakan Perbincangan
- Xi Bertemu Presiden Belarus
- Xi Ditemui Lukashenko di Beijing
- Presiden Belarus Ditemui Menteri Pertahanan China
- Rundingan Presiden China-Belarus
- Presiden Belarus Bakal Lawat China