- Lain-lain
Dasar Tarif AS Beri Impak Besar kepada Ekonomi Global
Ketua Ekonomi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Alvaro Santos Pereira pada Selasa menyatakan bahawa dasar tarif Amerika Syarikat (AS) telah menimbulkan ketidakpastian bagi perdagangan global dan memberi impak besar kepada ekonomi dunia.
Dalam sidang media laporan Tinjauan Ekonomi OECD terkini, Pereira menekankan bahawa perubahan drastik dalam dasar AS telah menyebabkan semakan pertumbuhan banyak entiti ekonomi termasuk AS sendiri diturunkan.
Pereira berkata, berdasarkan data pertengahan Mei lalu, kadar tarif sebenar yang dikenakan AS ke atas barang import telah meningkat secara mendadak berbanding setahun lalu, mencapai "tahap tertinggi sejak 1938".
Jika kadar "tarif timbal balik" yang diumumkan sebelumnya dilaksanakan sepenuhnya, tahap tarif AS "akan menjadi yang tertinggi sejak tahun 1890-an".
Laporan Tinjauan Ekonomi menunjukkan bahawa pada beberapa bulan kebelakangan ini, halangan perdagangan serta ketidakpastian dasar ekonomi dan perdagangan telah meningkat dengan ketara, memberi kesan negatif terhadap keyakinan perniagaan dan pengguna serta menghalang perdagangan dan pelaburan.
Laporan itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi global pada 2025 dan 2026 masing-masing pada kadar 2.9 peratus, iaitu 0.2 dan 0.1 mata peratusan lebih rendah berbanding unjuran Mac tahun ini.
- IMF Turunkan Ramalan Pertumbuhan Ekonomi Global kepada 2.8 Peratus
- Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan Dijangka Tumbuh Mampan
- Inisiatif Beijing Diketengah, Seru Percepat Pemulihan Ekonomi Dunia
- Pertumbuhan Ekonomi Global Semakin Pulih
- Kadar Pertumbuhan Ekonomi Dunia Diunjur Rekodkan 2.4 Peratus 2024: Laporan PBB
- China Tetap Enjin Pertumbuhan Ekonomi Global
- Julai Bulan Paling Panas dalam Rekod: WMO
- China Komited Memberi Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Dunia
- IMF: Dunia Terima Manfaat Besar Hasil Pemulihan Ekonomi China
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi