- Lain-lain
Wang Yi Adakan Pertemuan dengan Presiden JAPIT
![]() |
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Pusat PKC, Wang Yi pada Rabu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Promosi Perdagangan Antarabangsa Jepun (JAPIT), Kono Yohei di Beijing.
Dalam pertemuan tersebut Wang Yi berkata, pendekatan "menggalakkan hubungan kerajaan melalui rakyat" telah menjadi pengalaman berjaya dalam pembangunan hubungan China-Jepun dan masih relevan dalam situasi semasa.
Beliau turut berharap Kono Yohei dan tokoh-tokoh berpandangan jauh di Jepun serta pertubuhan persahabatan seperti JAPIT dapat terus memupuk asas sosial bagi persahabatan China-Jepun sehingga mendorong hubungan kedua-dua negara ke arah perkembangan yang sihat dan stabil.
Menurut Wang, China menghargai kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Jepun, Shiba Shigeru baru-baru ini yang menekankan pentingnya Jepun belajar dari sejarah dan tidak menjadi negara penjajah.
Beliau menekankan sejarah tidak boleh diubah, dan jadikan sejarah sebagai "cermin" demi masa depan sebenar.
Sementara itu Kono Yohei pula menyatakan bahawa sejarah tidak boleh dilupakan, apatah lagi dinafikan.
Katanya masa lalu tidak boleh diubah, tetapi masa depan boleh dibentuk.
Oleh itu, pihaknya bersedia untuk terus menyumbang bagi mendorong kerjasama persahabatan Jepun-China.
![]() |
- Li Qiang Terima Kunjungan Delegasi Perdagangan Jepun
- Wang Yi Bertemu Wakil Kumpulan Persahabatan Jepun-China
- Wang Yi: China, Jepun Boleh Promosi, Amalkan Nilai Asia
- Li Shulei Terima Kunjungan Rombongan Parti Perlembagaan dan Demokratik Jepun
- PM Li Bertemu Delegasi Gabungan Parti Pemerintah Jepun
- China, Jepun Pulih Mekanisme Pertukaran Parti Pemerintah
- Menteri Luar China, Jepun Adakan Rundingan
- Usaha Perlu Diperkasa Eratkan Hubungan China-Jepun - Wang Yi
- Li Qiang Bertemu Menteri Luar Jepun
- Wang Yi Berucap pada Forum Beijing-Tokyo ke-20